23 August 2015

Resipi Donut Gebu

Ni resepi saye terjumpa dalam Facebook orang dok share-share. Copy sini la, nanti nak buat, senang sikit nak cari.



Resepi Donut Lembut dan Gebu
 
Bahan-bahan
500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
210ml air suam
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)
3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 sudu ajer)
1 bungkus mauripan (11gm)
sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)


Cara Menyediakan
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3. Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
5. Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.
 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin