04 August 2014

Adenium. Hobi Baru

[Adenium @ Kemboja ]

Baru menceburi bidang tanam menanam bunge n pokok hiasan sejak ade rumah sendri ni. seronok pulak rase tanam menanam dan nampak pokok tumbuh subur bile siram dan baja.





Tetiba terminat Adenium ni. Ni 2 pokok pertama. Main beli je tak tau ape namenye pon. (Beli kat pasar tani) Hehe. Sepokok dapat la harge RM60 setelah paus tawar menawar. harge asal die nak bagi rm80 sepokok. Disebabkan nak beli 2, merayu la Rm100 untuk 2 pokok, last2 dapat rm120 utk 2 pokok, ok la kan. hehe sebab pokoknye dah besar n umbinye cantik.

Mase beli bunge2 die meriah, tapi after few weeks, mak saye letak bawah tempat redup (sbb takut hilang org curi kalau letak depan rumah) , bunga n daun2 die mula gugur pulak. nanti mak dah salin kan pasu baru nak bawak balik ke rumah sendiri. Sekarang ni masih parking kat rumah mak lagi kat Kuantan. hehe. Sbb saye ni tak reti sangat nak salin pasu die and nak jage mula2. 

Minggu sebelaum raye haritu dha beli pasu baru. jenis rendah tu. nanti dah siap salin pasu, dah cun melecun, barulah bawak balik Dungun ye pokok2 ku. 

Tetibe terjumpa group "Kelab Peminat Bunga" kat FB, terus la masuk grouyp tu dan dapatbbanyakkk sangat info pasal Adenium ni. seronok bile dpt info dari group peminat2 adenium yang lain.

Lepas tu terbeli lak 3 lagi pokok Adenium berlainan warna dari seller online dari Kedah. hehe.

Tak sabar tunggu lagi 3 pokok adenium dari Iefa Jeff yang akan sampai minggu ni. Pokok bunge pon boleh main pos2 tau. hehe



No comments:

Blog Widget by LinkWithin