19 July 2013

Resepi Chocolate chip Cookies ala-ala Famous Amos

Thanks to blogger Hanida Moss, resepi ni amik dari blog die. Saye pon dah try buat 2 kali. memang menjadi. sedap dan rangup! :)

Ok, bahan2 nye:


1. 2 setengah cawan tepung gandum
2. 1 cawan gula perang (saya ni kurang manis, jadi saya gunakan gula perang sahaja tak capur gula castor)
3. 250g butter
4. Setengah cawan serbuk koko. (kalau nak cookies warna gelap sikit gunakan koko, kalau tak nak pun takpe)
5. 1 biji telur grade apa-apa je, belasah :p
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 sudu teh soda bikarbonat
9. 2 cawan chocolate chips (saya campur Hersheys dengan Van Houtan, nak guna Hersheys semua pun takpa!)
Method dia:
1. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul biar rata. Campurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat. Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati. Dalam 3, 4 minit.
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips pulak. Adun ikut pusingan jam sampai sebati.

Adunan memang akan lembik sikit, tu baru jadi. Kalau keras macam doh karipap or donat, tu tak jadi. Make sure masukkan tepung sikit-sikit dan tengok adunan macam mana. Pre-heat oven dalam 10 minits dengan suhu 170 celcius. Sementara tunggu oven panas, letak adunan dalam peti sejuk. Lepastu letakkan atas dulang. Tompok-tompokkan je macam tu.

Susun atas tray comel-comel macam ni..


Tada dah siap! Sedap... tak tipu. Teehehe :D

12 comments:

ekin said...

salam,Sy dah buat.Sedap memang sedap tapi bila masuk dalam oven dia mengembang.Padahal buat kecik2 ja.Sekali bawak keluar dah macam bentuk chipsmore.Kenapa ye?huhu

ekin said...

salam,Sy dah buat.Sedap memang sedap tapi bila masuk dalam oven dia mengembang.Padahal buat kecik2 ja.Sekali bawak keluar dah macam bentuk chipsmore.Kenapa ye?huhu

ZADMAJU Enterprise said...

Baking powder n soda tu yg buat jd naik.. :-)

Anonymous said...

Kalau tak masuk dalam peti sejuk boleh ?

Anonymous said...

Salam..bakar tu amek masa brape lame yer??

Afzan Aini said...

Dah arahannye masuk dlm peti sejuk, ikut jela kalau nk sedap. huhu

bakar tu dlm 30-40 minit

Norpida Jumat said...

saya dah buat mmg sebijik mcm famous amos la huhuhu terus x perlu beli famous amos lg, terima kasih resepi tu ya

riana Azmi said...

bakar 30 - 40 minit? tak hangus ke?

sufi kasih said...

mcm mna nak guna oven ye? boleh bagi tau dari mula?

mardiana abu darin said...

Resipi famous amos ni byk version. Diana pernah Cuba yg bubuh oat pun sedap jugak. Pendek cerita memang semua resipi sedap2 belaka....

andy said...

Suhu atas bawah ke ape?

Afzan Aini said...

bab bako ni mmg kene depends kpd oven. setiap oven lain2 perangai. kalau oven saye, saye buat suhu 180-190c bakar dlm 30-40 min. bergntung jugak awak buat besar ke kecik. try n error k. saye guna api atas bawah. letak 2 tray terus

Blog Widget by LinkWithin