06 June 2013

Phnom Penh, Lombok, Bangkok

OMG, baru perasan, banyak tempat yang saye dah pergi tapi tak pernah tulis balik pengalamannye kat Blog ni. Huhu.. saye ni dahla jenis pelupa, kalau tulis kat blog, at least bile bace balik, boleh rewind balik kenangan2 manis mase travel.

antara enntry yang saye masih belum buat :
1) Phnom Penh, Cambodia
2) Lombok, Indonesia
3) Bangkok, Thailand

Will find a very2 free time and mood to upload all the pictures and recall my memory. Heheh.

05 June 2013

Trip ke Ho Chi Minh City, Vietnam kali ke 7 (Part 1)

29 Mei - 1 jun lepas saye gi Vietnam lagi, buat kali ke 7 :)

Kali ni pergi bawak rombongan seramai 19 orang. Kawan saye la yang request saye bawak famili die gi Vietnam. Kali ni saye bawak jugak Mak ngan Abah saye. sajela bawak diorang berjalan. Mak pernah la sekali gi Indon, tapi Abah rasenye mcm tak pernah gi oversea je. Rezeki ade lebih, boleh la dikongsi2 ngan parents.

Tula best nye bust bisnes ni.. :) Alhamdulillah.. Sambil2 tu, saye amik jugak la order kain Cotton and baju kurung siap. Sambil bawak org berjalan, boleh la saye buat duit sikit dengan amik order baju kan. yelah, tak kan nak pergi saje, limit Luggage 30 kg sorang, so gunakan la kesempatan yang ade.

Ok, ni banyak gambar mak ngan abah je, sbb saye jadi tukang amik gambar. hehe. Ok, ni nak cerita pakej lengkap kami. 4 Hari 3 malam.


Day 1: 29 Mei 2013

Penerbangan ke Ho Chi Minh City, Vietnam Menaiki Pesawat MAS. 


Sampai di HCM, masih awal, terus ke Hotel tapi tak boleh Check In lagi. Time tu baru kol 12, So kitorang pergi makan dulu.

First Day, kitorang Lunch kat Vietnam Delights. We all dah booking restorant awal2 dan dia dah sediakan juadahnya. Hmmm sedap betul Ikan siakap goreng garing ni dengan sambal sweet sour. Harga Makanan Halal kat Vietnam memang Mahal ye, kalau sekali makan RM30 sorang tu mmg biase. Nasi Goreng memang RM12-15. Macam harga makan kat hotel. Tapi kami dah tau mane tempat makan yang sedap dan yg x berape sedap. so, worth la walaupon bayar mahal, tp dapat makan yang sedap-sedap je.


 Lepas makan, singgah sekejap ke Taka Plaza (Kat sini ade kedai baju kurung, baju2 moden, tshirt, jam, Factory Outlet items and macam2 lagi.


Lepas tu, barulah masuk hotel. This time we all menginap di Hoang Gia Huy Hotel. 3 star hotel kat area Ben Than Market tu je. So boleh jalan je ke Ben Than Market and Night Market.

 Lepas tu check in, aktiviti bebas. Diorang semua boleh ke Ben Than market dan shopping!!

Biaselah, bile Afzan dan Jaja sampai di Ben Than Market tu, mesti kecoh peniaga2 yang biase kami beli ngan diorang tu akan sambut kami. ewahhh.. Tu yang jual kasut tu, punyela happy nampak kami. Saye cakap la, tu mak saye, Beria-ia die peluk mak saye. Pastu, Abah saye datang, saye cakap awal, jangan peluk ye.. Die gelak je. ahahaha.


Ini Pulak tempat biase kitorang beli pelbagai kekacang. Biasenye beli Gajus, Almond, Pistachio, Biji Teratai, dan Nangka Kering. Sedap2 dan dia bagi murah sikit dari harge peniaga lain. Yang best nye, mase die dok timbang kacang yang kitorang nak, die bagi je kite makan sepuas hati. Ape lagi, kitorang pon, dok mengagau segenggam demi segenggam gajus dan pistachio tu. Kadang2 siap masukkan dalam poket. Takpe, die tak marah pon. Cuma bila die timbang, memang die timbang tepat2 tak lebih segram pon.

Waktu Malam, we all just jalan-jalan di Night Market tu.. benda yang dijual same je macam kat Ben Than Market. Banyak jugak Yang jual Baju kurung.


Paper art in vietnam. Sangat banyak jual pop up 3D card ni kat sane. Dulu2 rajin gak beli, skang tengok jela, beli pon tak tau nak bagi sape. Haha, Tapi, serious sgt mengagumkan handmade diorang ni.


Lorong sepanjang hotel we all duduk tu pon banyak Kedai-kedai baju milik Melayu Champa. Kebanyakan mereka boleh berbahasa melayu.

Antara Baju Kurung design terbaru. Border Lace. Cantik2 harga ada yang murah, ada yang mahal, dan jenis kain pon berbeza2 walau pon harga same. so, kene la pandai2 pilih dan cek balik baju yang dibeli tu ye.


Day 2: 30 Mei 2013

Breakfast Makan Nasi Daging kat Restoran AA ni. Nasi Daging & Roti Daging bakar die memang terbaikk!!


Lepas dah kenyang2 makan tu (bawak jugak bekal roti daging) , Kitorang memulakan Perjalanan Ke Mekong River. Hari ni adalah full day Tour.

Sekalian ahli Rombongan. 11 ahli Keluarga Pak Sheikh (Famili Raheela, kawan saye mase kat UPM) dan 4 orang (2 pasangan) Cikgu dari sekolah kawan saye mengajar. Thanks ye kawan2 coz rekomenkan pakej saye ni. Termasuklah Saye, K Jaja, Mak dan Abah. So 19 orang semuanye.


Mekong Rest Stop yang sangat cantik. Penuh kehijauan dan bunga2.
Cantik tau Mekong Rest Stop ni, sebelum sampai ke Mekong River, Harus singgah sini dulu utk ke Toilet dan amik gambar.


Ok, Lepas tu, (Setelah 2 jam perjalanan dari awal tadi) sampai la ke Mekong River. KAt jetti tu, ade gak tempat jual2 murah jugak. Abah saye dan Pak Sheikh beli topi tu RM6 je.


Ok, Mula2 naik Tourist Boat. Pergi Ke Island (lupe dah Island ape)



Ok, di pulau ni (pulau kecik jer, pulau di tengah2 sungai Mekong).. Ade pelbagai aktiviti dan budaya Vietnam.
Tourist Guide tu tunjukkan cara memproses Coconut Candy dari Kelapa kering sehinggalah menjadi candy. Pelbagai product dari kelapa pon ade. Sabun kelapa, minyak kepala, dan pelbagai manisan. Sempat jugak la diorang beli sabun dan candy.

Lepas tu, jalan-jalan lagi sambil beli souvenir yang dijual sepanjang jalan. Memang murah-murah. ada beg dan cenderahati hasil kraftangan penduduk sini. Memang saye pon suggentkan kat diorang untuk membeli cenderahati yang nak dibagi kepada kawan2 di sini.


Lepas tu, melawat dusun buah-buahan dan kami dihidang Buah-Buahan tempatan sambil mendengar nyanyian lagu tradisi Vietnam.


 Mereka ni Main alat muzik dan nyanyi lagu sambil kitorang makan buah.

 Abah bergambar ngan awek ni, lepas tu ade pulak awek2 lain nak amik gambar sekali. Hehe

 Mak pulak amik gambar ngan pakcik ni. ahaha. Yang pompuan tu pegang bakul tu actually untuk isi tips. Nanti die dah abis nyanyi lagi, die akan keliling meja utk collect tips. Bg jela beberape ribu Dong. Disebabkan tadi Abah bergambar ngan diorang, abis semua awek2 tu gi kat abah mintak tips. Ahahah kitorang semua bantai gelak je.


Kat tempat aweks tu menyanyi pon ade jugak gerai jual beg-beg dan tshirt sulam tangan.

Lepas tu pergi pulak ke tempat Madu Lebah.  Dia bagi kita rase madu dari sarang lebah tu secara live. Lebah tu jinak je, tak gigit. And madu dari sarang tu mmg sangat manis dan sedap. Original gitu.

Lepas tu, kami disajikan dengan minuman madu. same macam kana buah tadi la, duduk dimeja dan die serve Air Limau madu dan kacang2. (Lupe pulak nak snap gambar). Kalau nak beli madu, Bee propolis pon boleh.

Aktiviti seterusnya, Naik perahu kecik menyusuri sungai. Mak saye sangat phobia naik perahu. Tengok la muke cuak die tu. hehe.

 


Satu perahu ni, 4 orang je boleh naik. Depan dan belakang ade pendayung. Kesian tengok yang dayung perahu ni, ade perempuan, lelaki dan ade jugak yang tua2. Banyak kudrat nak kene pakai nak kayuh perahu tu.
 Pendayung2 ni, mengharapkan Tips dari kite lepas dah sampai. So, kene la hulur jugak. Kesian tengok diorang ni kerja penat2. gaji diorang ciput sangat.

Dalam Perahu 4 orang ni, pasangan cikgu sekolah tu.  Dah sampai dah ke Tourist boat yang kitorang naik mula2 tadi.

 Ni Pulak Perahu Mak saye paling last sampai. Kitorang tanye lah, kenapa lambat sampai? coz mula-mula, perahu diorang lagi depan. Mak kate, pendayung jatuh. Punye lah cuak mak, dahla berdebar2 tunggu bile la nak sampai, hampir je sampai, pendayung jatuh, perahu tu terpaksa reverse balik amik pendayung yang timbul tu. Ahahahaha. Bantai gelak lagi...

Dalam boat ni, kitorang diberi minum Air Kelapa. Dah abis minum air tu, bagi je kelapa tu kat driver boat, nanti die belah, dapat la makan isi nye.

Tourist Boat tu bawak kitorang pergi ke Jetti semula.


 Kat Jetti boleh shopping2 souvenir lagi.

Lepas tu, masa untuk Lunch. Setelah penat berjalan2 dalam pulau tu dan naik boat, naik perahu bagai.
Kali ni kitorang makan kat kedai yang bersebelahan masjid. Meja2 di susun di perkarangan masjid. 

Makan sebelah Masjid je.

Ahli-ahli rombongam

Sedap jugak makanannye. Ikan Tuna bakar dengan sambal, Ayam goreng pedas, sayur dan telur dadar.  Sambal belacan die terbaikk.

 Dari luar, tak nampak pon ade kedai makan dalam tu. So kalau nak pergi, ni la rupa depan pintu masjid tu.


Lepas tu pulak, kami ke Tempat pembuatan Laquer.  Laquer ni kira macam hasil kraftangan utama Vietnam la. Kat dalam tu tak boleh ambil gambar la pulak.

 Mak dan Abah di luar Kilang Pembuatan Laquer.

Pic Credit to Google.
 Barangan Laquer tu lebih lurang macam ni la, ade macam-macam. Pasu, Frame Gambar, Perhiasan rumah, Dulang dan macam-macam lagi.


Ok, letih menaip dan mengupload gambar ni.. Korang yang bace pon sure letih mate kan. saya berhenti disini dulu, nanti akan disambung Part 2..

p/s: Sesiapa yang berminat untuk pergi ke Vietnam Bersama saye, boleh contact saye Afzan, 012-2083854.
My package price start From RM1200-RM1500 bergantung kepada Itinerary. Yang penting puas hati :) Anda boleh pilih tarikh sendiri jika dah ade group seramai 10 orang atau lebih. 

Package inclusive:
  1. Flight Ticket by MAS
  2. Hotel (Twin sharing basis)
  3. Transportation
  4. Tourist guide
  5. Halal Food
  6. Mekong river tour & other tourist attraction
Blog Widget by LinkWithin