30 April 2013

Tips untuk mudah Mengandung, mendapatkan zuriat

Just sharing an article from Facebook.
Harapnya ia membantu anda.


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
-Memasak
-Bersenam
-Mendengar muzik
-Membaca dan mendengar audiobooks
-Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
-Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
-Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.



Saya juga ingin cadangkan pemakanan Herba Maharani bagi membantu yang bermasalah Period tak teratur, (Terlalu kerap atau terlalu jarang period), keputihan yang teruk, Rahim mengembang. Insyaallah jika masalah ini dirawat, kemungkinan untuk hamil itu lebih tinggi..

Baru saja minggu lepas, seorang customer saya yang beli Premium Beautiful dan Herba Maharani bagitau yang dia dah tak boleh pakai Premium Beautiful tu. (Dia baru je beli dalam 2 bulan). Bila ditanya kenapa, dia cakap, dia dah mengadung (anak kedua) sebelum ni memang die merancang nak dapatkan anak kedua, tapi tak lekat.. Alhamdulillah, lepas pakai Premium Beautiful dan makan Herba Maharani, lebih senang lekat. Saya pun tumpang gembira.. :)

Bagi yang nak cuba mengandung tu, saya advice makan 25 biji sehari. 
Yang baru lepas bersalin, Yang period tak datang berbulan2 atau period pain terlalu teruk juga saya sarankan makan 25 biji sehari.
Manakala untuk maintenance harian 10-15 biji sehari pon dah ok.

RM65 je sekotak. Boleh contact saye untuk order ye. 012-2083854 Afzan

24 April 2013

Hadiah untuk Pelanggan Majalah Pa&Ma

Fuhh lenguh pinggang semalam dok sediakan hadiah untuk pelanggan Majalah Pa&Ma sempena Kuala Lumpur International Book Festival kat PWTC 26/4 - 5/5 ni nanti.

Branded Baby Clothes, one of my online business adalah selaku penaja kepada hadiah ni.. Basically, siapa yang melanggan majalan Pa&Ma selama 6 bulan dan 12 bulan, akan dapat hadiah dari Branded Baby Clothes tau. Best2 hadiah die.

Lamaze Cloth Book
Ada Lamaze toys, Lamaze Cloth Book, Diaper Beg Carters, macam2 lagila. best kan kan kan..


Business Card
 Ni Business Card yang baru siap. Akan di attachkan sekali dalam Gift tu. hehe, nanti senang org tau kat mane nak beli and contact saye kan.


Brand Tag
Ni Brand Tag yang akan digantung kat hadiah tu. Comel kan.. :)


Elmo Cloth Book
Bile dah gantung, macam tula jadinye, so semalam saye dok menggantung tag tula. Kol 2 pagi tido, sbb banyak gak hadiah, dekat 100 bijik jugak la.


Lamaze Cloth Book
Lamaze toys ni, tak berplastik actually, so, kenela bungkus satu2 dengan plastik jugak, kalau tak nanti takut kotor lak kan.

So, sekali lagi nak remind, datang tau Festival buku kat PWTC nanti. dan pergilah kat bahagian Majalah Pa&Ma tu. Cepat2 sikit datang takut nanti dah abis.. huhu

 

Tonsil - Kuala Terengganu Specialist

Huhu, kisah tonsil ku tak habis setakat minggu lepas sahaje. Ahad haritu, tak larat nak bangun pagi gi kerja, Tekak sakit nak menelan. 

Terus bangun cepat2 nak gi Klinik Raihan. Yela, kene daftar awal2 sikit. kang lambat macam haritu.

Setelah tunggu dekat 1 jam setengah dapatla jumpe Doctor, Tapi kalini Doctor lain. Saye bagitau die, tonsil sakit lagi. Die cek rekod, tengok saye dah diberi antibiotik.. Die macam tak tau nak buat ape kot, hehe, so die advice jumpe Specialist. Die terus tulis surat refer and suruh saye gi Kuala terengganu Specialist hari tu jugak.

Huhu, Kuala Terengganu adalah 75Km dari Dungun and kalau saye drive dalam Sejam Suku gitu la baru sampai.. maka, digagahkan jua lah diri ini untuk drive.

Sampai sane dah puluk 1 lebih, budak kat kaunter bgtau Doctor baru je keluar lunch.. Saye pon gi la lunch dulu, then Kol 2 setengah doctor dah masuk. 

Bagus doctor nye, die cek bebetul, siap masukkan Camera yang panjang kecik, hujung die ade lampu tu. Dapatla tengok tekak sendiri. eeuuww scary, tak pernah tengok keadaan dalam tekak. 

So memang ade infection and bawah dagu pon dah bengkak sket. Die cakap kalau tonsil, actually tak boleh makan atau minum aiskrim atau yang sejuk-sejuk tu.. Huhu, doctor kat klinik haritu kate suruh makan sejuk2 kan.

Rupenye, TAK BOLEH tau! Coz nanti infection makin teruk. macam yang terjadi kat saye sekarang ni la. huhu. Cuma boleh makan sejuk2 dan aiskrim kalau baru lepas operate tonsil tu, utk bagi luka jahitan cepat baik.

Akhirnye Doctor tu kate, saye kene gakla amik antibiotik lagi and die bagi ubat spray jugak. Nanti bulan 5 baru datang balik, kalau teruk ke ape, baru die nak consider samada perlu operate ke tak.


Sekarang ni, semakin ok lah. Ubat spray tu ada dua jenis, satu untuk dalam mulut, satu untuk tekak. Huhu rasenye sangat meloyakan.. dahla kene spray dengan kerap setiap hari..

Ok, doakan saye cepat sembuh and kalau boleh taknak la operate2 kan. seriau...

23 April 2013

Resipi Kek Kukus Coklat Cheese





Resipi ni amik dari Facebook. (Copy Paste je) Gambar nye memang menggiurkan. saje tepek kat sini, senang nak refer nanti. Kot kot la terasa nak buat. hehehe, jangan tanyae saye detailas nye ye, coz memang belum try lagi ni. ahahah



BAHAN-BAHAN
Bahan A
1cawan gula*
1cawan susu cair *
1cawan koko*
1/2cawam susu pekat*
1cawan minyak*
bahan diatas campur semuanya n masak atas api n kacau sampai sebati siap tutup api n ketepikan biar sejuk
 
Bahan B
3biji telur (A)
 
Bahan C
1cawan tepung naik sendiri
 
CARA-CARANYA

Pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan dlm bahan A kacau sebati n masukkan bahan C kacau sampai sebati n leh lah dikukus separuh dulu (AIR MESTILAH DIJMASAK DULU YA) 
Loyang hendaklah disapu majerin n dialas kertas nak kukus dlm bekas kecil2 pon leh gak
Sementara tunggu masak sediakan cream cheese

Bahan-bahan Cream Cheese
250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur

Cara-carannya
Pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang n gebu n masukkan telur n pukul lagi, siap. 
Bila bahan coklat dah masak masukkan cheese sampai habis n kukus lagi sampai masak, siap. 
Masukkan baki coklat tadi n kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikuarkan dari loyang.
p/s: *Credit to Ucu Tipah who made this recipe.. *


19 April 2013

Showcase SOHONISTA di PWTC

 This is Yesterday's event. PM melancarkan Showcase SOHONISTA di PWTC.
And TLC (Top Leader Circle) team pon join same showcase tu. Tengok semangat betul Kak Salha (Ikon SOHOnista) kite ni memberi penerangan kepada yang masih blur blur pasal SOHO ni.. Apo ko bondo SOHO ni jang??


My Leaders from TLC.. Sangat komited mereka ni. Insyaallah dengan tunjuk ajar dari diorang, saye pon nak jadi SOHOnista yang berjaya dan dapat bantu raaaaamaiiii lagi wanita-wanita lain di luar sane intuk cari pendapatan tambahan.




Amboi, happy nye dapat bergambar dengan PM ye.. Tak sangke kan, dengan bisnes dari rumah je pon boleh bawak kite ke tahap dikenali Serata Malaysia atas usaha mulia ni dan dapat perhatian PM dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat
PM sendiri pon support SOHO Biz.. yeah, makanya tak apelah pekerja Government menerajui bidang perniagaan dari rumah kan? Boleh kerja lepas office hour and weekend. Yeah, i love multiple source of income. 
 So that kite tak terlalu bergantung kepada satu income saje dan marah2 kalau harga barang naik. And if do it the right way, memang boleh dapat income lebih dari gaji bulanan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada kerja hakiki ye kawan-kawan.

Bile dah ade money freedom, tak perlu berhutang lagi nak beli kereta, rumah atau guna kredit kad. Anak-anak pon boleh dapat the best education tanpa perlu kita berhutang :)
 *******
Nak ada SOHO anda sendiri tapi tak tahu macam mana nak mula, nak jual apa, macam mane nak promote, macam mane nak jual? Jangan risau ye, saye ade solution untuk itu.
Just contact saye, Afzan 012-2083854 for more info 

Branded Baby Clothes will be featured in Pa & Ma Magazine

Hmm Editor karangkraf mintak cerita sket pasal macam mane saye start buat online business dari rumah (Untuk dimuatkan dalam majalan Pa & Ma nanti).. hehe, kene mengarang la pulak, mula la terimbau balik susah payah mase bermula dengan modal cuma RM200 4 tahun lepas. www.brandedbabyclothes.com

hmm where should i start.. takde idea nak mengarang ni. hihi, anyway, happy tengok page Branded Baby Clothes dah ade 11,000 likes :)

 

18 April 2013

BBQ Sauce. Burger Bakar



Just sharing, Ni lah rahsia kesedapan burger bakar yang saye buat utk encik suami. Hehe.

Haritu jenguk rak kat Giant tu nampak Heinz BBQ sauce ni. Saje la nk try.. Harge die Dalam RM9.90 macam tu rasenye, kurang dari RM10 la..

Mmg sedap. Taruk sket je sbb die pekat. Boleh guna utk marinate ayam n daging jugak.

Dropship Agent Sabun Ketiak

Calling for everyone out there yang nak side income tanpa perlu keluar rumah pon. :)
I need a dropship agent for my products... Sabun Marine Essence Beauty Bar, BB Plus Collagen, Nurich Lactolite, Herba Maharani or anything yang u nak la..
Jadi agen dropship ni senang je. Coz tak perlukan modal and tak payah simpan stock. And tak perlu keluar rumah pon nak beli stock dan pos.
I'll do it all for u. What u do is, just promote the product and receive the payment. Apa yg anda perlu ada ialah akaun online banking dan internet access. Tu je :)

Dari dok buang mase online FB tu takde buat ape, baik beniaga kt FB, kecik2 pon takpe.. At least lepas dah buat belanje makan atau susu anak :)
Saye dah buat kira-kira, contoh kalau anda jadi agen dropship agen Sabun Marine Essence tu, if jual 9 kotak seminggu dan dapat jual 36-40 kotak sebulan je pon dah boleh dapat minimum RM800 tau.
Setakat 9-10 kotak seminggu tu kacang jer!! Hehehe coz sabun ni sangat hot selling, now dah abis stock dah pon kat stokis. Huhu, anyway, jangan risau, akan di restock lagi 2 minggu.
Marine Essence Beauty Bar

Nurich Lacto-lite

Marine Essence Beauty Bar

Marine Essence Beauty Bar
If interested to become Dropship Agent, just call me k.. 
Afzan 012 2083854

17 April 2013

Berusaha untuk GAGAL atau Berusaha untuk BERJAYA?



INGAT! Orang yang BERJAYA mempunyai sikap "Do whatever it takes", buat apa sahaja yang diperlukan untuk mencapai apa yang Results atau Hasil yang kita impikan. 
Tetapi orang GAGAL, mereka pun "Do whatever it takes" untuk menggagalkan dengan memberi alasan (Reasons) di dalam meng self-sabotage di dalam mencapai impian atau matlamat tersebut!

16 April 2013

Cara berkesan nak hilangkan kesakitan Tonsil

Ni nak cerite.. minggu lepas, saye diserang tonsil bengkak. huhu. Ntah ngape tibe2 je rase pedih tekak, sakit nak menelan and sampai ke telinge rase sakitnye.

Encik suami balik lambat sket haritu, dah sms die pesan belikan aiskrim on da way balik.. sampai rumah, tanye," manenye aiskrim?" Die terkejut.. sbb die tak bace pon rupenye sms tu. ahahha. Pastu die gi keluar semule gi beli. Ololoh, kesian pulak.


Yeay, dapat makan Magnum!

Malam tu nak tido pon seksa rase.. badan berangin jer rase. Seb baik ade encik suami mithali tolong picit2 kan. Lega sket, sampai tertido.

Bangun pagi rase macam tak larat dah.. badan pon rase sengal2 je. Decide untuk tak pergi keje la. and siap-siap untuk ke Klinik..
Dasyat la Klinik kat dungun ni, daftar kol 9 pagi, kol 12.30tgh baru dapat jumpe doctor.
Huhu hasilnye doc bagi MC 2 hari coztonsil bengkak terus smpai sakit telinge and ubat yg die bagi akan buatkan mengantuk gile.

Pastu mase die cek, die kate perut bunyi macam gastrik je. Die marah la kenape tak makan. Huhu nak je cakap, yela dah 3 jam setengah tunggu dokter perut pon lapar la.

Gas Asid dalam perut akan naik ke atas kalau lapar n buatkan tekak sakit jugak. Tu pasal tonsil makin teruk.
Kesimpulannye die cakap, elakkan makan 4 bende ni; 
  1. Yang keras
  2. Masam
  3. Pedas
  4.  Panas
And kene makan 4 bende: 
  1. Aiskrim
  2. Air berais
  3. Ice cube
  4.  err satu lg ape ek dh lupe, yang lembut & sejuk2 kot
Banyak jugak ubat yang saye dapat.. Dalam botol tu, ubat sakit tekak. Telan je bile rase sakit. Rase die macam mentos tapi cair. 
Doc tak bagi makan ubat yg macam strepsils tu, nanti lagi sakit sebab panas.

Mendengarkan nasihat doctor suruh makan yang sejuk2 tu, selepas balik dari klinik, terus la gi beli ubat tambahan yang sepatutnye. hehehe

 Hasilnye, tadaaa!!! Walls selection Double Dutch ngan Nestle Crunch! hoho Hilang segale diet ku.


 Nyumm Nyumm Nyumm!!

Kesian kan orang tonsil ni.. Dahla kene gi klinik, makan ubat, kene dok rumah & tido, takleh gi kerja, kene Makan Aiskrim.. Ish ish ish.. kesian sungguh la die. :)

 Nyum nyum nyum sampai la habissss.. hehehe


 UPDATE TERBARU (4 Ogos 2015)
Sila abaikan post diatas tu tentang cara menghilangkan sakit tonsil.
Doc pakar yg saya jumpa tak bagi makan Aiskrim, nanti lagi teruk sbb boleh jd nanah2 kecil dan makin perit tekak. maafkan saye kerana dah bg ajaran salah. tp doctor klinik yg ckp mcm tu. huhuhu doktor sesama doktor pon ade lain2 pendapat.

yang pastinye cara yang saye baru discover ni adalah terbaik.

Saye gunakan Young Living Essential Oil.
ni ada beberape Essential Oil yang elok untuk Tonsil.
Essential oil Cinnamon, Thyme, Wintergreen, Lemongrass

Yang ni Essential Oil Thieves


but yang saye dah cuba guna dan berkesan ialah Essential Oil Copaiba


Best sangat, just sapu je kat tekak. sekali sapu terus lega rasenye, then saye ulang sapu, mmg cepat surut bengkak. sakit tekak pon hilang. ni 100% natural tau. takde bahan bahaye labgsung. die amik dari pokok Copaiba. Kepade yang selalu tonsil tu, make sure ade simpan Essential Oil ni kat rumah.
selain tu boleh jugak guna utk bengkak terhantuk ke, sakit urat, sakit sendi, batuk, lelah, sakit perut. haa byk kegunaan. berbaloi beli.

kalau nak tau pasal Essential Oil ni atau kalau nak beli, contact saye ye. Afzan : 012-2083854

Jangan berhenti berdoa dan Teruskan Berusaha





Kan.. betul tak.. Kalau kite Doa nak Allah bagi lebih rezeki, takde lah Allah bagi Duit RM10 ribu masuk dalam akaun Maybank tetibe kan, tapi die bukakan jalan-jalan dan peluang-peluang ke arah itu.. So jangan berhenti berdoa dan teruskan BERUSAHA :)



PS: Ketahui cara membuka perniagaan SOHO anda sendiri dengan modal yang minimum, SENANG, dan TERBUKTI BERKESAN.. Contact saye, Afzan 012-2083854

14 April 2013

Jutawan Internet Irfan Khairi - SOHO Biz 2013


I'm All pumped up after seminar SOHO Biz semalam lepas. Yelah, dapat suntikan semangat dari jutawan ni, perpalit gak sikit-sikit aura nak berjaya macam die kan..


 
Saye gerak Jumaat petang dari Kuantan bersame encik suami, driver yang setia. Hehe, Malam tu stay kat The Zon sebelah KLCC tu.

 Bangun pagi-pagi, semangat!

Selepas sedikit breakfast, gi amik barang jualan Baju Baby dulu,

Then pukul 2 dah berada di The Royal Lake Club, Taman tasik Perdana..


Registration


Seminar Start! FULL HOUSE!!

Ramai rupenye nak tau pasal SOHO Biz ni.. duduk rumah sambil jage anak, sambil buat duit.


 Sohinista negara, Salha Zain sedang beraksi.. Hehe, best sangat dengar cerita die, mase mula2 die nak berbisnes, macam2 jenis bisnes die try, Jual brooch, buat kuih raye.. sampai la die jumpe satu business yang ade sistem yang betul n boleh bawak die sampai ke tahap sekarang. 

Kemudian die dah tak menoleh kebelakang lagi. Terus je buat. Until now, die dah buat RM15 juta sales. fuhh!!


Next Session, dan sessi yang ditunggu2, Slot dari Dr Irfan Khairi. Lame jugak, hampir 3 jam! and ape yang boleh saye katekan adalah, ilmu die sangat PRICELESS!! 

Ya Allah, berbaloi sangat rase gi KL n hadir seminar ni. Dahla Free, dapat dengar Tips dari Irfan Khairi pulak tu. Dahla Tips die precise sangat, boleh di applykan dengan senang!

Rase tak sabar nak ajar tips tu kat saye punye Drop Ship agent and my business partner yang tak pergi. Most of the tips is rahsia kejayaan seorang usahawan dan tips berniaga secare online.

Serious best gile presentation dari Irfan Khairi tu. Die jenis cakap laju gile but penuh isi dan fakta. Memang dasyat la die punye ilmu internet business. Insyaallah akan di apply kan.

Care die sangat simple, murah and berkesan. Sesuai sangat la untuk kita2 ni. Thanks organizer SOHO BIZ 2013 yang bagi peluang macam ni.




11 April 2013

SOHO Biz 2013





U olls Sabtu ni, i kalau free 2-5pm jom ah pegi Seminar SOHOBiz 2013 kat Royal Lake Club k. Speaker POWER! Irfan Khairi (Jutawan Internet) & Salha Zain (Ikon SOHONita Malaysia) Kalau biasa kat tempat lain bayar ribu2 nak dgr diorang ni cakap. Tapi yang ni FREE melalui jemputan.

So officially nak jemput u all la ni. Lepas ni reply NAMA PENUH, PHONE, EMAIL k. Seats terhad dan dah nak penuh QUOTA. So pantas sketttt."


 



P/S: "Kerja sampai mati pun tak abisss.. Bila mati nanti orang lain sambung keje kite." Haha... Jom la blajar bisnes. Takkan belajar pun tanak. FREE plak tu.

Jom ek!!


08 April 2013

Berpantang Tanpa Sembelit

Biasenye kalau ibu2 lepas bersalin, dalam pantang sembelit kan? Betul tak? Saye dulu2 mase pantang pon sangat siksa.. huhu, dahla luka jahitan tak sembuh lagi. Amik mase lame gile dalam toilet supaye mengeluarkan dengan care sikit dan tak memedihkan luka yang masih belum kering tu. Dahla kerass!!

Mak pon pesan jangan teran kang takut benang tu terbetas. Terbukak luka kang. Uwaaaa. ngeriiii!!



Saye ni memang selalu ade masalah sembelit tau. hikhik, malu aii.. saye tau sebab nye. Punca utama adelah saye tak suke makan sayur!! hehe, so mmg nasib la kan, slalu susah nak membuang. kadang seminggu 2-3 kali jer. huaaaaa!! sangat tidak sihat itu! jangan tiru saye tak makan sayur ye.

Dulu2 selalu la saye makan fiber atau mende2 berasaskan fiber. Paling kurang pon, makan betik banyak2 hehe. Skang takyah susah2, coz ade Lactolite ni. Lactolite ni fungsi die macam Vitagen la kirenye, ade inulin, lactobasilus..ade bakteria baik yg membantu penghadaman. Tapi Lactolite ni kire macam pati kepade vitagen.. Makan sepeket Lactolite, macam makan 4 botol vitagen. Power gitu. 

Macam saye, dah seminggu lebih tak berape ok kekerapan ke toilet gara2 berdiet. Tula masalah saye, kalau diet (kurang makan) sure sembelit. huk huk. So ape lagi, malam semalam saye makan sepeket Lactolite ni, pagi ni, fuhh keluar sume bahan2 yang tak diperlukan dalam usus tu dengan lancarnye. Hehe. Perut pon dah kempis sket. Takdela buncit semacam je sbb usus tersumbat kan.

Badan pon rase ringan. Lalalalala~~



Bagi yg nak kurus tu pon boleh amalkan Lactolite ni hari2.. coz once usus dah bersih, penyerapan nutrien dari ape2 yang kite makan pon lancar, so ape2 supplement yang kite makan lebih berkesan dan cepat bertindak.

Usus kite ni macam longkang la, kalau lame-lame makanan lalu, ade la yg menempel2 kat dinding usus tu kan. Kite ni pulak, dahla makan macam2. huhu.. Pastu kalau tak dibersihkan, jadi mcm longkang tersumbat la.. Perut pon jadi buncit je sbb sampah sarap ni melekat di dinding2 usus dan pembuangan tak lancar. So, sekali sekale meh kite bersihkan usus ye.

Lactolite ni sesuai untuk semua orang ye, perempuan, lelaki, ibu mengandung, breastfeed, and even kanak2. But for kanak2, amik sikit jela, jgn abiskan sepeket lak. Lactolite ni sangat lembut untuk usus kite, die tak buatkan kite cirit birit macam makan ubat berasaskan julap tu ye.


Okey, jangan biarkan masalah sembelit ni mengganggu kehidupan anda lagi. Hehe, makan dengan lancar, membuang pon mesti dengan lancar ye. 

Contact Me to order

Afzan
Call / SMS / Whatsapp: 012-2083854


More info kat bawah ni ye..

Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna – inulin), dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria berguna di dalam badan manusia. Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-Lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut dan usus kekal sihat, dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan.

Apakah itu probiotik?
Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam saluran usus badan manusia. Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf kesihatan manusia.

Apakah itu prebiotik?
Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna, tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengaktifkan kumpulan bakteria berguna tertentu. Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik dan meningkatkan keaktifan probiotik. Ia dapat membantu menyediakan keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik, di samping membekalkan nutrien khas untuk pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus.

Apakah itu inulin?
Inulin ialah serbuk yang dikisar daripada akar chicory (tumbuh-tumbuhan), kaya dengan serat larut dalam air, di samping ia merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus. Serat larut dalam air dapat membantu dalam menyelaras kandungan kolesterol serum dan tekanan darah, mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam badan, seterusnya meringankan beban hati. Ia juga dapat mempercepat pembiakan bakteria berguna dalam saluran usus, kerana bilangan bakteria berguna menpengaruhi keadaaan kesihatan badan manusia. Ia turut mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya (seperti bakteria disentri, bakteria taun dan sebagainya), meningkatkan daya keimunan badan, menyepadukan Vitamin B dalam saluran usus, mengekalkan operasi sistem saraf yang normal dan melicinkan kulit.

Apakah bezanya minuman yogurt yang ada di pasaran berbanding dengan Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini (5 lapisan perlindungan), supaya bakteria berguna tersebut tidak dapat dihakis oleh asid perut dan garam hempedu sebelum memasuki saluran usus, dan seterusnya menggugat keberkesanannya. Selain itu, inulin merupakan makanan bagi bakteria berguna kerana ia membantu dalam pembiakan bakteria berguna serta menjaga kesihatan manusia.

Siapakah yang perlu mengambil Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite sesuai untuk semua golongan masyarakat, terutama untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus, pesakit sembelit, mereka yang sentiasa menjaga kesihatan, serta mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Adakah Nurich Lacto-Lite memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Nurich Lacto-Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, boleh dijual secara sah di pasaran. Selain itu, Nurich Lacto-Lite juga diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe).



Petua Mencerahkan Ketiak dan Tengkuk Gelap

Bawah ketiak Gelap?

Belakang tengkuk hitam?

Celah paha gelap?

Masalah Ekzema?

 

Memiliki ketiak hitam atau gelap tentu sangat memalukan dan membuat kita kurang selesa, segan dengan diri sendiri dan pasangan kan.. especially yang sexy2 tuh. hehe
Ketiak hitam dan gelap dapat disebabkan terlalu kerap mencukur atau mencabut bulu ketiak, atau akibat adanya pengumpulan sel-sel kulit mati. Selain itu, ketiak yang gelap dan hitam bisa juga disebabkan kerane penggunaan deodorant yang tidak sesuai dengan jenis kulit.

Kulit ketiak menjadi hitam dan gelap bisa juga disebabkan oleh peluh yang mengering di kawasan lipatan ketiak yang boleh menggelapkan kulit. Selain itu, faktor usia, perubahan hormon, kehamilan dan faktor genetik juga dapat menjadi penyebab kulit ketiak menjadi gelap.

Selain tu, bahagian2 lain yang gelap macam celah paha tu maybe disebabkan pergeselan kulit semase berjalan, pengumpulan daki, peluh dan jarang sental juge. hehe

 Kepade yang ade masalah ketiak gelap, belakang tengkuk gelap atau celah paha gelap ni, jangan stress2 ok. Nasib anda baik coz dah ade Sabun Marine Essence Beauty Bar ni. Dah ramai customer yang beli dan berpuas hati.

Testimonial terbaru :

- Pelanggan ni beli satu bar untuk trial-

"Kak, dan kecik jadi sabun tu kak husband saye pakai. Haritu belakang tengkuk die gelap, die pakai sabun tu, dah cerah dah kulit belakang tengkuk die..Ni die suruh saye order lagi sabun tu.." 



Setakat ni, customer yang order, ada dikalangan yang tengah pregnant.  Actually perubahan hormon semase mengandung juge boleh menyebab kanmasalah ketiak gelap ni.. Sabun ni selamat ye, untuk orang mengandung cozdie diperbuat dari bahan2 semulajadi. Boleh click SINI for more info.

 





Call / SMS / Whatsapp : 
Afzan 012-2083854

Rahsia Orang Yang Gagal

Huhu, ade sikit2 terasa jugak. Ya Allah tabahkan aku untuk jadi orang yang berjaya dan memanfaatkan orang lain..



07 April 2013

Moving Out From Comfort Zone! Dare To Dream!

Highly recommend to watch this video

OMG! This is what im trying to explain to people about moving out from their comfort zone. Sesape yang agak susah nak faham kalau bace perkataan je, i suggest tengok la illustration ni sampai habis.. Well explained!

Fikirkan anda di zone yang mane sekarang? Jangan takut utk move from comfort zone to learning zone kerana ketakutan la yang membunuh impian! Dare to dream!


Allah berfirman,
"Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi itu." - Surah Nuh (71) Ayat 19-20

 



Bumi ini luas, masih banyak yang perlu diteroka, masih banyak peluang yang boleh diambil. Selagi kita ada nikmat Umur, Kelapangan, Kesihatan, Muda, Kaya.. Sebelum datangnya 5 Perkara..

06 April 2013

Afeef's 3rd Birthday!!

Last week buat acare potong kek birthday Afeef. Ala kecik2 je. Beli kek sebijik, beli ayam KFC. Hehe senang jer.

Bukan ape, takde mase nak fikir2 nak buat besar-besaran, nak masak2, nak decorate2 bagai. Die pon kecik lagi. Tak paham pun orang buat ape. hahaha

Birthday die 27 March 2010..

So just buat makan2 kitorang jela. Haha.

Yang penting Afeef membesar sihat, cepat2 pandai cakap, jadi budak bijak, cerdik, rajin, soleh dan beriman ye..

Mase orang nak potong kek, die tengah tido. Bibik terus angkat and basuh muke die. Kesian blur2 die. Dok tergaru2 je. Hahaha.





















Blog Widget by LinkWithin