02 February 2013

Siapa Kawan Anda?

Just want to share my opinion, berdasarkan pengalaman yang ditempuhi sendiri dalam hidup ni..

Pada pandangan saya, kita akan kenal siapa kawan/sahabat kita apabila kita berBUSINESS!

Kita akan mula nampak
Siapa yang SENANG melibat kita SENANG,

Siapa yang SUSAH melihat kita SENANG,

Siapa yang MENYENANG kan kita di saat SUKAR

dan siapa yang MENYUKARKAN usaha kita..

Dan kita juga akan terima pertolongan dari orang yang tak disangka-sangka, disaat kita mengharapkan kawan sekolah menengah yang sama2 belajar sekelas atau kawan se Universiti yang study bersama2.

Macam tu lah lumrah kehidupan, yang penting kita sentiasa fikir positif, jangan dikisahkan sangat dengan kawan-kawan yang tidak membantu itu, kerana REZEKI adalah ditangan ALLAH dan satu-satunya tempat untuk kita mengadu dan meminta adalah kepada ALLAH.

Saya tidak kisah hal itu, sungguh tak berkecil hati pon kerana bila mereka dah nampak kejayaan kita, mereka akan datang sendiri kepada kita dan bertanya macam mana nak jadi macam kita. (Trust me, this is my experience)

Ya, ALLAH, kekalkan lah dan berikan lah sahabat2 yang bermanfaat kepadaku dan semoga aku menjadi sahabat yang bermanfaat buat teman2 ku.




No comments:

Blog Widget by LinkWithin