07 January 2013

Ribut Sonamu akan melanda Pantai Dungun??

Ade dengar desas desus beberapa harini pasal Ribut Sonamu yang akan berlaku 7-9 Januari. Pagi ni, ramai yang sebarkan kat FB pulak. Alamak, saye jadi kecut perut sebab katenye Ribut tu akan menghentam Pantai Dungun dulu..

Rumah saye less than 500 meter dari Pantai dan sekolah tadika Affan sangat la dekat dengan tepi pantai tu, Less than 200m je.

Saye memang nak balik Kuantan lepas kerja Esok, coz Rabu dan gi Phnom Penh dah.. Tapi Suami dan anak-anak masih kat dungun and diorang cuma akan balik ke Kuantan hari Rabu lepas Affan abis sekolah.

Huhu, doakan keselamatan keluarga kami. Semoga takde yang teruk berlaku.. Ya Allah, aku memohon perlindunganmu..






Info dari Blogger lain:

Gambarajah di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand.

Di dalam peta di atas dapat kita melihat laluan Ribut Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan.

Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Ribut Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Ribut Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Ribut Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Ribut Tropika Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.


FB Jabatan Meteorologi Malaysi https://www.facebook.com/malaysiamet



Latest Update : http://www.tropicalstormrisk.com/

No comments:

Blog Widget by LinkWithin