01 December 2012

Kebaikan Mandi Awal Pagi

Kenapa Mandi Sebelum subuh sangat baik untuk kesihatan?? dan apa kaitannya dengan mandi ozon?

This artikel is taken HERE

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebulum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Tapi lepas ini, jika kowang nak memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

Dengan adanya pancutan air, maka ion negatif dan ion positif terpecah. Ion positif yang lebih berat, membuat ion ini cepat jatuh sedangkan ion negatif dapat melayang di udara. Itulah sebabnya kita merasa lebih nyaman dan segar ketika mandi di air terjun atau ketika menghirup udara setelah hujan kerana terdapat ion negatif di udara. Dalam satu pancutan, jumlah ion negatif meningkat 10 kali ganda setelah digunakan shower selama 5 minit dan terus bertambah dengan semakin lamanya penggunaan shower. Tetapi harus diingat, bahawa wap panas dapat meningkatkan ion positif, maka bila kita mandi pastikan ada ruang udara dan sehingga terjadi pertukaran udara.

Penggunaan shower juga dapat memberi urutan pada wajah kita sehingga wajah kita dapat bernafas dengan lebih baik. Maka untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaknya shower tidak digunakan secara tegak lurus, tetapi dengan megiring lebih kurang 60 darjah. Jadi, tidak ada salahnya cuba menggunakan shower ketika mandi sebagai terapi untuk wajah kita yang mulus nih hihih.


2. Melancarkan peredaran darah



Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Best kan???


3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. So kalau nak tambah lagi molek sangat le yong.. Pakat-pakat dengan yeop yer hihih.



4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk kowang yang memiliki penyakit darah tinggi dan nak elak pun elok sangat ni, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kowang mengurangkan penyakit tu. Insyaallah, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit tu akan pulih. Setidaknya tak le tahap membahayakan idak? Penyakit 3 serangkai ni mana leh hilang bila dah ada tapi Insyaallah cara ni leh turunkan paras bahayanya.


5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celsius. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh. Kalau tak alami depression pun bagus gak amalkan. Tenang je rasanya. Lagi best pastu terus solat lagi le tenang.



6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit. Tu sebab mak ayah dulu susah nak dapat penyakit terutama yang teruk-teruk tu.


7. Mengeluarkan racun dalam tubuh
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.



gif,avatar,animated,emotion8. Turunkan berat badan 
Air yang sejuk dapat membantu kurangkan lemak dalam badan. One big good news for those like me hihihi.


9. Jangkitan kulit
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


10. Selesema dan sakit kepala
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


11. Insomnia 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Kelebihan lain http://i136.photobucket.com/albums/q181/ycc2106/gif/expressions/aha.gif
Daripada Imam Ahmad As-Syaraji; dalam menjaga kesihatan Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar iaitu mandi sekitar pukul 4 pagi (sebelum subuh). Kelebihannya ialah:

1) Tidak terkena penyakit asma
2) Terhindar dari angkara jahat seperti sihir bauk dari jin atau manusia.
3) Tubuh badan menjadi sihat - leh kurus oooo. Katanya
4) Wajah bercahaya
5) Doanya mudah dimakbulkan Allah
6) Wajah menjadi awet muda

No comments:

Blog Widget by LinkWithin