09 November 2012

Resipi Udang Sambal Petai



Ok, nak share resipi saye.. ni care saye sendri masak tau. main hentam je, tapi seb baik sedap. hehe.

Bahan-bahan:
Setengah kg udang 
4 papan petai
2 sudu besar gili giling
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili

2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Bawang besar potong nipis2
Sedikit Garam dan Gula

Cara-caranya:

1. Tumis bawang & halia yang dah ditumbuk
2. Bila bawang dah layu, masukkan cili giling dan kacau sampai cili tu nampak garing (berubah jadi warna gelap sikit)
3. Masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili. Tambahkan atau kurangkan ikut kesesuaian la.
4. Bile sos2 dan cili giling tu dah agak garing, masukkan air sikit (bagi ada kuah). Ada orang masukkan air asam jawa. (lagi sedap kalau guna air asam jawa)
5. Masukkan garam dan Gula secukup rasa.
6. Masukkan udang. Kacau2 sampai udang tu masak
7. Masukkan bawang besar dan petai.

Ha, tu jela resipinye.. senang kan.. cubalah!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin