30 November 2012

Resipi Baked Carbonara Meatball Afzan Style

Semalam lepas upload gambar Meatball Carbonara ni, ramai pulak tanye resipi kat FB.. Ok, ni saye share ye.

Sedap and senang je nak buat. Hehe, ala-ala Meatball kat Pizza Hut. Hehe

Resipi ni untuk 2 orang makan sampai kenyang. Kalau 3 orang, maybe tak berape cukup. :)

Bahan- Bahannye:
  • 1 Tin Sos Prego Carbonara Mushroom
  • 200 Gram Daging / Ayam kisar (Kalau beli yang ramlee tu, die ade 2 keping dalam satu pek, pakai sekeping je)
  • Separuh biji Bawang Besar - Dipotong dadu (kalau suke byk bawang, boleh taruk sebijik)
  • Sebiji Capsicum Hijau - dipotong dadu
  • separuh tin cendawan butang - di hiris atau potong kecik2 (kalau suke cendawan banyak, letak la setin pon)
  • Cheese (Parmesan yang dah siap parut / Mozarela cheese / atau cheese sekeping tu pon boleh)
  • Sedikit susu segar (dalam separuh cawan) kalau takde, takpe.
  • 2-3 bijik bawang putih dihiris2
  • Bebola daging (frozen) yang dah direbus atau direndam air panas.


Cara masak:

1) Tumis bawang putih dan bawang besar
2) Masukkan ayam/ daging kisar dlm tummisan tadi. Kacau2 sampai ayam/ daging kisar masak.
3) Letakkan cendawan butang dan capsicum
4) Masukkan sos Prego, kacau-kacau sampai mendidih, tambah sket susu segar bagi tambah kuah
5) Boleh tambah daun parsley bagi naik bau.
5)Skang nak bakar, aturkan meatball dlm bekas, tuang kuah yg dah dimasak tadi atas meatball dan parut / letak cheese di atas nya. Lagi banyak cheese, lagi nampak cantik bile bakar, nampak cheese tu garing.
6) Bakar 5 minit, siap!


Meatball Carbonara yang ditabur  Mozarela Cheese parut sebelum dibakar

Rupa carbonara Meatball ni baru keluar dari oven. Ade efek cheese bertali2 bile angkat ngan sudu.

 Makan panas2 sedap!!!

PS: Actually, kalau ko tak nak taruk ayam kisar pon boleh. Care org bujang adelah, Sos Prego semate2 dikacau smpai mendidih, then tuang je atas meat ball, then letak cheese, then bakar. Pon boleh juge   

No comments:

Blog Widget by LinkWithin