22 February 2010

It's not easy

It's not easy for being pregnant and live separately with ur husband while taking care of other kid. Walaupon keluarga sentiasa ada untuk membantu, tapi tak same dgn kehadiran seorang suami disisi utk menjadi peneman kepada isteri dan anak yang amat memerlukan perhatian di masa2 begini.

Bukan begitu mudah nak uruskan anak yang dah makin memebesar, dengan bermacam kerenah, dah pandai mengamuk, bermanje dan memerlukan perhatian yang lebih dari mama nye dengan ketiadaan papanye setiap hari dan dalam masa yang sama, have to deal with ur own emotional problem, ur own pain caused by the pregnancy while taking care of the little kid yang selalu demam and so clingy.

Jadi apalah kirenye jika bertolak ansur dan tidak mengambil hati dengan perempuan mengandung ini JIKA

- dia tak terbangun untuk kejutkan anda pergi kerje sebab tido malam asek terganggu bile terbangun 3-4 kali sebab asik nak ke toilet

- die baring je dan harapkan anda untuk menguruskan anak kecik itu sebab dah tak berape larat nak bangun duduk dan terbongkok2 nak mandikan, tukarkan pampers anak, disebabkan perut yg besar, dan badan yg berat.

- die mintak anda tolong vacum sket rumah sebab die ade athma dan doktor tak bagi wat kerje2 yang melibatkan habuk2 yang menyebabkan die batuk2 dan susah bernafas malam2.

- die mintak nak pergi ke tempat2 yang menenangkan setelah asek terperuk dirumah selame seminggu, dan alang2 suami balik sekali sekale, apelah sgt kirenye mase sehari itu dapat diluangkan dgn aktiviti bersantai bersame2 dengan rela hati dan gembira.

- die berangan nak beli itu, ini untuk anak yg dikandungkan sbb mmg naluri seorang ibu mahukan yang terbaik utk anaknye. Berangan je, bukan nak betul2 pon. layankan aje lah. Namun, apalah sangat kiranya anda sendiri dapat menyediakan segala keperluan tersebut tanpa diminta.

- die nak bersalin di hospital yang terbaik, dgn doktor yang terbaik kerana dia akan menghadapi kesakitan yang paling sakit dalam hidupnye dan mengharapkan beban kesakitan itu dapat dikurangkan dengan jaminan mendapat layanan paling baik disaat2 menghadapi kesakitan yang pastinye tak dapat dibayangkan oleh anda sendiri. Hanya mampu melihat sahaje.

- die mahukan penjagaan kesihatan yang terbaik untuknya selepas bersalin untuk memulihkan tanaga dan badan kerana dia akan menyusukan anak dan perlu sentiasa sihat untuk menjaga bayi kecil dan anak yang sedang memebesar

- die selalu marah2, sedih2 dan merajuk.. perempuan mengandung memang macam tu lah mood nya. Adakah ia satu fakta, atau saje mengada-ngada tidaklah diketahui, namun apalah kirenye anda manjakan sahaja dia kerana anda juga jarang berjumpa dan layan ajelah die sebaik-baiknya kerana disaat ini emosinya sangat rapuh, mende yang kecik pon senang nak terase hati.

- die selalu diam, malas bercakap kerana terlalu banyak bercakap dalam hati melayan perasaan sendiri dan disebabkan jarang berjumpe, die juge dah lupa cara nak berkomunikasi dgn suami dengan berkesan. Janganlah anda juga turut berdiam, ucapkan lah kata2 yang sedap didengar dan mendamaikan walaupon die dah tak pandai nak bercakap dan lebih suke mendiamkan diri.

- die selalu tak call anda kerane kadang2 terlalu sibuk dengan kerja, dan menguruskan anak dan kadang2 sengaje taknak call sebab sengaja nak anda call dulu untuk menguji samada anda ambil berat tentangnye atau tak.

- die minta anda luangkan lebih byk mase dgn nya atau anak. Kerane seminggu, hanya hari sabtu dapat jumpe bertiga. Apalah sangat lah kirenye anda lupakan sekejap hal2 dengan kawan2, bola atau main games dan letakkan keutamaan kepada kehendak isteri dan anak yg telah lame merindukan kehadiran anda disisinya.

- die sentiasa mengeluh, mengaduh, sakit tuh, sakit nih. Bukan sengaje nak mengada2, tetapi memang tidak mudah untuk menjalani kehidupan normal setelah berbadan dua. Dia akan jd lebih clumsy dan senang tersadung la, terlanggar itu, ini, sbb balancing badan dah lari disebabkan kegemukan yang melande. Apalah sangat kiranya anda tolong picit kakinya yang bengkak sebagai meringankan sedikit kesakitan yang ditanggung kerana dia tidak pandai meminta2 pertolongan kerana tidak mahu menyusahkan anda yang kepenatan.

- die meminta anda lebih mendalami ilmu parenting skill dan bagaimana untuk mewujudkan father n son bonding supaya anak akan lebih rapat dgn anda walaupon jarang berjumpa. Apalah sangat kiranya anda melebihkan sedikit bacaan berkenaan hal2 berkenaan yang sangat mudah didapati di internet dari menghabiskan masa bermain online games.

Walaupon ianya tidak mudah, tapi saye takkan komplain. Walopon kadang2 complaint juge, tapi saye redha je.. ehehe..Dan saya sepatutnya bersyukur kerana mak, abah dan keluarga lain terlalu banyak membantu menjaga Affan dan saye. Dan saye juge bersyukur kerana suami tetap pulang setiap minggu untuk meluangkan mase bersame saye dan Affan. Dan saye juge bersyukur kerana dapat suami yang sangat memahami dan sabar dengan semua karenah saye.

Jadi, kepade suami2 di luar sane, berilah layanan sebaiknya kepada isteri anda terutama jika dia mengandung kerana di masa2 mengandung itulah, jiwanya sangat mudah beremosi dan perlukan sokongan, perhatian dan keutamaan yang lebih dari anda. Jangan lah anda bebankan nya dengan masalah2 lain, kerja2 rumah, memasak atau menjage anak. Selagi boleh, hulurkan lah bantuan tanpa diminta.

Tak perlulah anda merungut kerana anda sendiri tidak merasa walau 1% pun dari kesakitan yang bakal dialamai ketika melahirkan zuriat anda nanti. (kecuali bagi kes suami yang hadir di sisi isteri dalam labour room, dan si isteri genggam kuat tgn suami sampai nak tercabut ketika contraction berlaku dan ketika meneran. Dah tak kire dah suami punye sakit, ahaha). Maafkan la segala kesalahannya jika ada, kerana keredhaan dan keampunan suami amat penting ketika menghadapi saat2 bersalin.

8 comments:

Ms. Omey said...

i couldnt agree more. Sangat setuju!!

amiza said...

aku rasa apa yg ko rasa..walaupon duduk dekat dgn family, but still we need our husband to be our side most of the time..btw, just to inform, aku pakai amway set Tropical Herbs time bersalinkan Aqilah. The product is good and bau rempah dia pon ok..paling best dia punya baby oil wangi sgt..so refreshing!!

amiza said...

aku rasa apa yg ko rasa..walaupon duduk dekat dgn family, but still we need our husband to be our side most of the time..btw, just to inform, aku pakai amway set Tropical Herbs time bersalinkan Aqilah. The product is good and bau rempah dia pon ok..paling best dia punya baby oil wangi sgt..so refreshing!!

Afzan Aini said...

omey ->hang yg lom kawen lagi pon setuju ye.. ehehe..

AMiza-> but now good to know yg ko dah leh dok same2 ngn husband kan. Oh, bagus ek Tropical Herbs tuh? nih tgh nk cari org yg jualnye la nih.

myzaraa yahya said...

yup betol2.. kalu dekat senang jer.. kalau dia buat bodoh jer, tido tk sedar diri.. bila anak meragam malam ... aku baling jer bantal n buat2 nangis ... huhuhu.. baru la terhegeh2 nak bangun tlg.aku sambung tido balik.. dah buntu tk tau nak buat ape.. at least nasib baik bangun..tenangkan keadaan. kalu tak aku meraung la tgh2 malam buta tu... tensen tol.. kt memang sentiasa perlukan sokongan... especially suami..

Anonymous said...

me too!
couldn't agree more. i hope the men reading this ;)







~coffeeaddicts~

Anonymous said...

ehhh btw... kalau nk beli set amway tu let me know lah... i order it for u, sbb im ordering the same set for myself too.






~coffeeaddicts~

Afzan Aini said...

coffeaddicts-> ahaha, kene bagi org lelaki paham jugak.. Oh, amway set tuh dah order kat kawan makcik. Mintak jugak die jual ngn harge member. ehehe.

Blog Widget by LinkWithin