22 February 2010

It's not easy

It's not easy for being pregnant and live separately with ur husband while taking care of other kid. Walaupon keluarga sentiasa ada untuk membantu, tapi tak same dgn kehadiran seorang suami disisi utk menjadi peneman kepada isteri dan anak yang amat memerlukan perhatian di masa2 begini.

Bukan begitu mudah nak uruskan anak yang dah makin memebesar, dengan bermacam kerenah, dah pandai mengamuk, bermanje dan memerlukan perhatian yang lebih dari mama nye dengan ketiadaan papanye setiap hari dan dalam masa yang sama, have to deal with ur own emotional problem, ur own pain caused by the pregnancy while taking care of the little kid yang selalu demam and so clingy.

Jadi apalah kirenye jika bertolak ansur dan tidak mengambil hati dengan perempuan mengandung ini JIKA

- dia tak terbangun untuk kejutkan anda pergi kerje sebab tido malam asek terganggu bile terbangun 3-4 kali sebab asik nak ke toilet

- die baring je dan harapkan anda untuk menguruskan anak kecik itu sebab dah tak berape larat nak bangun duduk dan terbongkok2 nak mandikan, tukarkan pampers anak, disebabkan perut yg besar, dan badan yg berat.

- die mintak anda tolong vacum sket rumah sebab die ade athma dan doktor tak bagi wat kerje2 yang melibatkan habuk2 yang menyebabkan die batuk2 dan susah bernafas malam2.

- die mintak nak pergi ke tempat2 yang menenangkan setelah asek terperuk dirumah selame seminggu, dan alang2 suami balik sekali sekale, apelah sgt kirenye mase sehari itu dapat diluangkan dgn aktiviti bersantai bersame2 dengan rela hati dan gembira.

- die berangan nak beli itu, ini untuk anak yg dikandungkan sbb mmg naluri seorang ibu mahukan yang terbaik utk anaknye. Berangan je, bukan nak betul2 pon. layankan aje lah. Namun, apalah sangat kiranya anda sendiri dapat menyediakan segala keperluan tersebut tanpa diminta.

- die nak bersalin di hospital yang terbaik, dgn doktor yang terbaik kerana dia akan menghadapi kesakitan yang paling sakit dalam hidupnye dan mengharapkan beban kesakitan itu dapat dikurangkan dengan jaminan mendapat layanan paling baik disaat2 menghadapi kesakitan yang pastinye tak dapat dibayangkan oleh anda sendiri. Hanya mampu melihat sahaje.

- die mahukan penjagaan kesihatan yang terbaik untuknya selepas bersalin untuk memulihkan tanaga dan badan kerana dia akan menyusukan anak dan perlu sentiasa sihat untuk menjaga bayi kecil dan anak yang sedang memebesar

- die selalu marah2, sedih2 dan merajuk.. perempuan mengandung memang macam tu lah mood nya. Adakah ia satu fakta, atau saje mengada-ngada tidaklah diketahui, namun apalah kirenye anda manjakan sahaja dia kerana anda juga jarang berjumpa dan layan ajelah die sebaik-baiknya kerana disaat ini emosinya sangat rapuh, mende yang kecik pon senang nak terase hati.

- die selalu diam, malas bercakap kerana terlalu banyak bercakap dalam hati melayan perasaan sendiri dan disebabkan jarang berjumpe, die juge dah lupa cara nak berkomunikasi dgn suami dengan berkesan. Janganlah anda juga turut berdiam, ucapkan lah kata2 yang sedap didengar dan mendamaikan walaupon die dah tak pandai nak bercakap dan lebih suke mendiamkan diri.

- die selalu tak call anda kerane kadang2 terlalu sibuk dengan kerja, dan menguruskan anak dan kadang2 sengaje taknak call sebab sengaja nak anda call dulu untuk menguji samada anda ambil berat tentangnye atau tak.

- die minta anda luangkan lebih byk mase dgn nya atau anak. Kerane seminggu, hanya hari sabtu dapat jumpe bertiga. Apalah sangat lah kirenye anda lupakan sekejap hal2 dengan kawan2, bola atau main games dan letakkan keutamaan kepada kehendak isteri dan anak yg telah lame merindukan kehadiran anda disisinya.

- die sentiasa mengeluh, mengaduh, sakit tuh, sakit nih. Bukan sengaje nak mengada2, tetapi memang tidak mudah untuk menjalani kehidupan normal setelah berbadan dua. Dia akan jd lebih clumsy dan senang tersadung la, terlanggar itu, ini, sbb balancing badan dah lari disebabkan kegemukan yang melande. Apalah sangat kiranya anda tolong picit kakinya yang bengkak sebagai meringankan sedikit kesakitan yang ditanggung kerana dia tidak pandai meminta2 pertolongan kerana tidak mahu menyusahkan anda yang kepenatan.

- die meminta anda lebih mendalami ilmu parenting skill dan bagaimana untuk mewujudkan father n son bonding supaya anak akan lebih rapat dgn anda walaupon jarang berjumpa. Apalah sangat kiranya anda melebihkan sedikit bacaan berkenaan hal2 berkenaan yang sangat mudah didapati di internet dari menghabiskan masa bermain online games.

Walaupon ianya tidak mudah, tapi saye takkan komplain. Walopon kadang2 complaint juge, tapi saye redha je.. ehehe..Dan saya sepatutnya bersyukur kerana mak, abah dan keluarga lain terlalu banyak membantu menjaga Affan dan saye. Dan saye juge bersyukur kerana suami tetap pulang setiap minggu untuk meluangkan mase bersame saye dan Affan. Dan saye juge bersyukur kerana dapat suami yang sangat memahami dan sabar dengan semua karenah saye.

Jadi, kepade suami2 di luar sane, berilah layanan sebaiknya kepada isteri anda terutama jika dia mengandung kerana di masa2 mengandung itulah, jiwanya sangat mudah beremosi dan perlukan sokongan, perhatian dan keutamaan yang lebih dari anda. Jangan lah anda bebankan nya dengan masalah2 lain, kerja2 rumah, memasak atau menjage anak. Selagi boleh, hulurkan lah bantuan tanpa diminta.

Tak perlulah anda merungut kerana anda sendiri tidak merasa walau 1% pun dari kesakitan yang bakal dialamai ketika melahirkan zuriat anda nanti. (kecuali bagi kes suami yang hadir di sisi isteri dalam labour room, dan si isteri genggam kuat tgn suami sampai nak tercabut ketika contraction berlaku dan ketika meneran. Dah tak kire dah suami punye sakit, ahaha). Maafkan la segala kesalahannya jika ada, kerana keredhaan dan keampunan suami amat penting ketika menghadapi saat2 bersalin.

20 February 2010

Punca isteri hilang hormat pada suami

This article is Copy paste from here



Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.

Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini.

1. Tingkah laku suami

Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.

Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.

2. Standard tidak realistik

Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.

3. Tidak menghargai isteri

Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya.

Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.

Petanda

Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :
  • Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
  • Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
  • Mula bersikap kasar terhadap suami, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
  • Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.

Menilai diri

Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.

Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang.

Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan "adakah anda menghargai diri anda sendiri?" Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda?

Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga.

Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai.

Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan.

Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang.

Renung-renungkan…

19 February 2010

Herbalife, Sendayu tinggi, Shaklee

Aku nye 1st botol herbalife Formula 1 yg Vanilla tuh dah abes. Soh Kak Tie yg jual herbalife tuh dtg hantar stock baru. Kali nih nak rase yang perisa Coklat lak.. Die bagi harge Murah sket la dari retail price.

Mule2 tuh ingat dah abes sebotol nih, x nak continue lg, nak smbung bile dah abes pantang nanti. Yelah, sbb hargenye pon bleh tahan gak kan. But bile pikir2 balik, bagus sebenarnye amek Herbalife nih. Yang aku suke sgt, sbb aku x de kencing manis sepanjang pregnen nih. Mmg sebab mkn Herbalife tuh la.

Sebabnye bile aku amek shake tu pagi2 perut dah rase kenyang, dah tak yah breakfast.. tp, tgh hari tuh lapar gak la. But mmg jadi tak berape selera nak mkn nasik. Bagi lah lauk ape pon, memang tak terbukak selera aku nk makan nasik. Biasenye ptg blk keje, aku mkn la pape kt rumah sket2 atau minum susu ngn biskut, kuih, cereal ke, dah kenyang dah..

So far bagus lah utk mengawal selera mkn aku kan. Akak yg jual Herbalife tuh kate, nnt lepas bersalin je, boleh trus start diet program. and tak efect pon baby walopon kite breastfeed. Lagi bagus sbb bg nutrition yg mencukupi utk baby. Lagipon die berasas kan soya kan, mmg bagus utk breastfeed.

Aku ingat kene spend sket lah utk supplement lepas bersalin tuh, nak sihat n kurus punye psl, kenelah invest sket. Tapi utk kesihatan diri gak, dari dok abeskan duit beli mende lain, baik gune utk beli mende utk kesihatan. Aku nih dahla slalu demam la, asek ngantuk la, x larat la. Dahla aku x makan sayur n ikan langsung. So, kene lah cari food replacement yg camnih.

Okeh, nnt aku wat review lagi psl Herbalife yg aku makan nih ek. Yang perisa coklat tuh aku lom mkn lagi. Esok baru mkn sbb hari nih abeskan yg vanilla tuh. Abah aku pon cam nak mkn gak, sbb die tuh ade kencing manis. And die tuh mmg kuat makan nasik. Nanti aku bagi die rase sket la aku nye Herbalife tuh.


**************

Hmm, harituh dah survey confinement set. Rasenye yang Sendayu Tinggi cam ok, Ammy 60 days tuh. Dah siap die botolkan dari day 1 smpai ke 60. Snang nk mkn. Harge RM207, utk pil yg 60 hari tuh la. Then mende2 lain dlm set tuh cam minyak telon, minyak urut tuh tak yah beli la kan (Kalo beli semua 1 set tuh dlm RM380 rasenye, x ingt sgt). Cume nnt nk tambah beli yg untuk sapu kat perut utk kempiskn perut je kot nnt.. yg nih, mcm2 jename ade jual. nk murah, beli ke Krim Mustajab Pati Halia.. Ahahaha.

Pastuh dah survey, utk breastfeed, Alfalfa Complex dari Shaklee pon bagus gak katenye ..RM78 utk 700 tablet. X tau la makan bape bijik sehari. So, target utk beli Alfalfa nih n Herbalife sekali. Mak aii.. Banyak nye duit abes nak bersalin nih. Blum masuk upah urut lepas bersalin ngn lepas pantang. Sekali urut dekat RM200 gak rasenye. Aku kire2 dekat RM1000 gak utk supplement n urut2.. warghhhhh..

Ade sape2 yg leh jual Sendayu Tinggi ngn Shaklee murah2 ke? Sile lah bgtau aku..

Nih info nak share ngn korang. Atau bleh gak refer trus kt link sini

HARGA PAKEJ (11 item): MYR386.00
Harga saparate item:

1. AMMY 60 days pack (1-10) MYR34.50
2. AMMY 60 days pack (11-20) MYR34.50
3. AMMY 60 days pack (21-30) MYR34.50
4. AMMY 60 days pack (31-40) MYR34.50
5. AMMY 60 days pack (41-50) MYR34.50
6. AMMY 60 days pack (51-60) MYR34.50
7. AMMY MASSAGE MYR34.50
8. AMMY HEAT MYR34.50
9. OIL OF TELON MYR17.00
10. TUMMY TONE MYR46.50
11. BODY TONE MYR46.50


Yang nih lak Shaklee nye produk yg sesuai utk kaum Ibu. Click Sini


Nih harge untuk Alfalfa Complex sahaje. Gi tengok kat website ni: Click sini
Large pack (700tblts) for WM : RM78 (LESS 15%)
Small pack (330tblts) for WM : RM 43 (LESS 15%)
Tuh harge dah lepas less dah tuh.

*Oh, aku tak jual mende2 diatas. Aku pon tengah cari dealer yg leh bagi harge murah2 utk makan sendri je.. Ehehe, nak murah aje..

18 February 2010

Audit ISO 2000 dan ISO 2008

Hari nih ade auditor dari SIRIM dtg nk Audit Pejabat SUK Pahang, menepati tak standard ISO 2000 ngn ISO 2008.

Start dari semalam lagi. But department aku nye turn hari nih. Fuhh, mmg gile gak buat peparation. Sume document kene pastikan lengkap and betul2 ikut flow ISO.

Hasil tungkus lumus semua org, org2 bawah n bos2.. alhamdulillah semua document dapat disediakan. So, dlm audit hari nih, so far ok lah. Walopon ade gak 2-3 perkae yang tak mengikut standard or tak betul, but keseluruhan aku rase ok. Auditor tuh pon jenis ok, so x delah gelabah sgt nak menjawab.

Lega rasenye dah abes audit nih. Cuma lepas nih, kene betulkan process flow mane yg tak lengkap and aku kene rangka operating procedure baru lah. Bertambah lagi lah keje. Huhu.

16 February 2010

Tips untuk hidup bahagia sebagai suami isteri

Article kopipes from pakarhowto.com


Keluarga yang harmoni dibina dengan susah payah, bukan terbina dengan sendirinya. Untuk bahagia, suami perlu berusaha. Isteri pun perlu berusaha. Suami kena buat pengorbanan, isteri juga perlu bersusah payah. Pendek kata, kedua-dua belah pihak kena saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Si suami kena tahu peranan, tugas dan tanggungjawabnya. Si isteri juga begitu, ada peranan dan tanggungjawabnya pada suami. Masing-masing kena tunaikan hak kepada pasangan masing-masing.

Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;

  1. Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
  2. Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
  3. Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
  4. Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.
  5. Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang…” Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
  6. Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .
  7. Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
  8. Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
  9. Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
  10. Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
  11. Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.
  12. Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
  13. Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai’e atau kolektif di antara suami isteri.
  14. Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.
  15. Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.


Cara Suami Menjayakan Penyususan Susu Ibu

Credit to www.SaraKids.com.
Actual article is kopipes from here

Written by Farah of SaraKids's Hubby...

A very good article to share!

"Salam semua.

Slide point ini adalah antara slide dari suami saya ketika memberi ceramah peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu di KL sentral tahun lepas sempena minggu penyusuan sedunia 2009.

Suami saya kata dia tidak pandai menulis blog seperti saya. Dia tak pandai beremosi seperti saya (sabar je lah, hehe). Katanya, “abg engineer, tak pandai menulis mcm u. buat calculation pjg2 tau la”

Saya cadangkan beliau menulis di dalam blog saya ni sebagai cakap ayah kepada ayah, kerana lelaki akan lebih dengar cakap lelaki. Ini juga pernah dicadangkan oleh mommynad, katanya lelaki lebih sesuai cerita tentang peranan bapa. Kita ikuti “penulisan” pendek suami saya di bawah ini (saya copy paste ayat dia dari word document)- dan saya tidak edit walaupun satu patah.

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha. (amboi…..-farah-)

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke klinik.

Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Allah berfirman (utk kaum suami):

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

*** Dia bercakap sebagai seorang lelaki dan ayah, bukan suami kepada kaunselor laktasi ***"

-------------------------



Semuge aku berjaye breastfeed baby ni nanti!!


I'm devastated

Life's too hard..

Too many frustration..

I don't know how to be happy anymore..

07 February 2010

Aku lak yang tak sehat

Lepas balik pangkor, keesokan harinye, baru je dok opis sejam, mak call soh balik sbb Affan panas sgt.. Then Rabu mlm tuh masuk ward. Crite penuh psl Affan masuk ward bleh la bace kat blog Affan.

So, bermalam lah 5 malam kat ward tuh ngan papanye sekali. Aku tido atas katil ngan Affan, papa tido atas toto je kat bawah. Aku nih bukan leh sgt tido dlm aircond sejak2 pregnen nih. Dah lame dah dok batuk and cam athma.. Hari Khamis n jumaat tuh aku still gi keje. Pagi2 mak aku datang bawakkan baju keje yg dah siap iron. balik kej, trus gi hospital jage Affan.

------------------------------------

Pasal aku nye athma, arituh dah gi klinik, doc bagi ubat, x makan pon.. Ehehe. Hari sabtu harituh, mak jage Affan kat ward, aku n Afat gi Klinik Al-Farabi, utk monthly checkup aku. Dah due 2 minggu dah.

Doc cek, die kate mmg aku ade athma nih. Rasenye dari kecik aku x penah ade athma. Sinus tuh mmg lah ade. Doc cakap maybe sbb kan selalu selsema tuh la, lame2 jd athma lak. Huhu, mmg teruk gak bunyi dada aku hari tuh. So, doc soh aku lak yg pakai Nebulizer. Huhu, cam Affan la pulak.


Seb baik lepas pakai tuh, breathing dah ok. Kalo x, maunye kene neb setiap 4 jam cam Affan. Doc bagi ubat lelah. Tapi ubat tu ade side efect sket. lepas makan tgn jadi menggigil, and dada cam berdebar2.. mmg lemah sket rase badan lepas mkn ubat tuh.

Rase mengantuk n aku tido jek sebelah Affan. Lame gak kesan menggigil2 tuh, dahla kene makan 3 kali sehari. Maknenye, baru je nak hilang kesan tuh, kene mkn ubat lagik. Huhu, esok kene keje lak.

Kalo ikutkan boleh je nak MC.. huhu, tapinye ade meeting straight isnin-jumaat ni. Huargghh.. dah sarat2 n saket2 camnih, ngan Affan x sehat nye, x leh lak nak cuti. Agak x larat jugak dah aku nih. Nak jalan pon dah cam susah sgt. Kadang2 bile jalan kene pegang perut, sbb cam saket n berat perut terase ke bawah, huhu. Nak tido pon kene mengiring je, pastuh lapik perut ngn bantal Affan.

Dah timbang berat, dah 73 kg dah. Huhu, mase pregnen kan Affan, berat aku hari nk bersalin tuh 74 kg.. nih, lagi sebulan lebih nak due tapi dah 73 kg. Perut pon besar dari dulu. Aku dah 32 minggu (8 bulan dah rupenye).. Bile jalan, terase berat baby menekan pundi kencing tu yg terase nk ter gi toilet je tuh. Adoi, lambat lagi ke nak bersalin nih, x larat bawak badan dah nih..

Badan cepat letih, asek mengantuk, kalo duduk lame2, nak bangun punyelah payah, especially kalo dok kat lantai. Tapi seb baik takde kencing manis. Doc kate so far sumenye ok. Aku lak, lately mmg x selera mkn nasik. mmg x jamah langsung nasik berlauk. Dok makan mende merepek2, mkn roti, buah, biskut, kuih2, susu, camtuh la.

Bagus la tak kene diabetis. Kalo x, huhu, risau gak aku. Maybe sbb makan Herbalife tuh kot, buat aku rase kenyang je, n tak selera mkn nasik. Bagus la, kurang sket risiko nak kene diabetis tuh. Barulah berat pon x naik banyak sangat.

Oh, mase scan baby, doc cakap berat die dah 1.9 kg.. kedudukan ok, kepale kat bawah dah. And disahkan sekali lagi, adelah boy kerane mmg nampak bird nye. Huhu, dah 32 minggu, cam cepat jugak mase berlalu, barang2 baby satu ape lom beli lg. Aku dah x larat nk jalan2 shopping2 dah. Skang dok shopping online je. Mak aku dah basuhkan baju2 Affan yg lame2. Ade gak yg masih boleh dipakai.

Meh nak listkan barang nk beli. Kang lupe lagi. (Dan juge utk perhatian En Suami, jgn buat x tau je ek)

Utk baby: Baju lengan panjang, lengan pendek, towel, selimut, tilam kecik n bantal, diapers, Sarung tangan, sarung kaki, botol susu.. ape lg ek?

Untuk mama: Set bersalin (stil x tau nk pilih yg mane), supplement utk breastfeed, maternity pad, nursing cover, nursing bra, breast pump, milk storage, warmer.. err, tu jek yg aku ingat skang nih

Oklah, nk tido dah. Kepale pening2 semacam je mkn ubat lelah ni. Tak tau la esok larat tak nak bangun pagi. Huhu.

Kursus Kenegaraan Biro Tatanegara at Pangkor

2 Minggu yang sangat bizi.

Kronologinye: Kursus Induksi Khusus 2 hari, then BTN 5 hari, then Affan masuk ward 5 hari. Harinih barulah bertenang sket.

Aku dah lepas dah Kursus Induksi Khusus anjuran SUK Pahang from 26-27 Feb 10 (Selase n Rabu) then Khamis lak start BTN kat pangkor. Gile kelam kabut mase tuh. Dahla sepatutnye aku ade training NetBackup Rabu- Jumaat and Sabtu Ahad lak ade Karnival ICT kat Pekan.. Pening nak decide.. last2 aku decide, gi je lah kursus BTN. Takut nnt dah susah nak dapat offer.

Aku naik bas je stret daru Kuantan ke Lumut kol 10.45 mlm.. x ramai org dlm bas. sampai lumut, aku sorg je yg last turun. Bas tuh banyak benti2.. dekat kol 6.45 pagi baru sampai. Huhu, seb baik Zaleha dah sampai dulu n die tido hotel, so tumpang bilik die utk rehat2 n mandi2 jap. Sambil nak tunggu kawan2 lain yg akan smpai tgh hari.

Kat jeti, ramai gile rupenye. ingatkan bebudak KPKT je.. rupenye, cikgu2 pon ramai. and ade 2 group. so, total ade lah dalam 200++ peserta sumenye. Sume dok Coral Bay resort.

Nih tgh tggu kawan2 lain sampai. Dari kiri, Zaleha, Murali, Vijaya, and mak buyung.. ni sume member lame kat KPKT.


Nih rupe jeti, on da way nak gi naik bot.

Tiket feri RM10 utk pergi balik. Sampai kat pulau, dah ade teksi2 (van) pink nih menunggu. Naik van nih pon RM10 satu van

Harus amek gambar ngn van pink.

Nih rupe mak buyung pakai baju kurung sekolah. Ahahaha. dalam ramai2 tuh, perut aku lah yg paling besar. ramai gak yg pregnen, dekat 10 org gak.

Kitorg ditempatkan dalam satu bilik 5 org. Ade 2 katil je, yg lain die bg tilam tambahan. Kire ok gak la, dok hotel. dari yg kene dok kem tuh.. makan pon kire ok lagik la, walopon x berape masuk ngn selera aku. Ntah kenape sejak 2 menjak nih, mmg x lalu nk mkn nasik. plg byk pon 2-3 sudu jek bleh mkn.

Altivti riadah petang. dapatla jalan sket tepi pantai. Tapi pantai yg x cantik sgt la. Rugi dok Coral BAy nih, x de pemandangan cantik. biase2 je. Untuk org berkursus sesuaila. Kalo korg nk gi vacation, baik gi Teluk Nipah kwn aku ckp..

Aku ngan si Eiza anak mami nih, Tak sangke jumpe balik die kat sini. Dulu mase mule2 jumpe die kat Kursus Induksi Umum kat PD.. Sronok la ade die, mmg keras perut aku dok gelak ngan die jek.

Mae nih, org lain kene berlari 2 km. tapi mak2 buyung jalan jek.

Tuh, Ain, yang juge pregnen 7 bulan.. Zaleha blum lagik.. Pengantin baru lagi tuh..

Layankan ajelah si Eiza nih. Ble die pegang perut aku, baby aku suke tendang die. Ko kawen nnt cepat2 dapat baby tau Eiza. Tapi make sure laki ko rajen jage anak ye.. Ehehe.

Oraitt.. akhirnye kursus 5 hari kat Pangkor dah abes. Time to go home. Rindu sgt dah kat Affan. Dok sebut name mama nye je nenek cakap. Sebelum balik sempat la beli Sotong2 kering, tshirt2 n fridge magnet, souvenir utk org2 kat umah..

Pasal kursus, ok je, x delah cam yg org cakap tuh. Die banyak cerite pasal sejarah negare n menyuntik semangat cintakan negare, bersatu padu ngn sume kaum, cenggitu lah. Agak kire cam refresh balik subjek sejarah yg belajar mase form 3, form5 dulu2 lah. And aktivitinye x de lasak mane pon. Sgt la x lasak, siap bersenam dlm dewan ade aircond lagik. Ahaha, maybe sbb buat kat resort, so x delah kene dok dlm khemah2, masuk utan, mkn dlm tray sume. Orait la, dah lepas BTN, harap2 nye lulus. Nanti nak naik pangkat snang. Ahaha, ntah bile lah nk naik pangkat tuh.

Blog Widget by LinkWithin