26 May 2009

SMS form a friend

Mase tengah dalam bas ekspress balik ke Kuantan, tetibe dapat sms dari member lame. Eh, terkejut gak tetibe die bg sms, sebab kami bukan bercontact sangat. Die ex schoolmate, STF dulu. SMS die camnih:

"Afzan, congratulations on ur new business venture. Masa aku dapat msg ko tu, aku mcm sedey je sbb dah kawen 5 mths tp x pregnant. 2 days after that aku dpt tau aku positive. Alhamdulillah. Ko macam tau2 je. Neway, dah tengok ur online boutique. Love the leggings and the affordable price! Will promote to others. G Luck - XXXX - "

Oh, I'm so happy for her. Sure die pon tengah teruja dapat tau bakal jadi mummy nanti.

And lagi satu, kawan aku kat IBM dulu, Azie, dah selamat lahirkan baby boy 21 May 09, Name nye Afief Syaquell b. Rusydi. Amboi name canggih, lawan tokey btul. Ehehe, Congrats to Azie and Eddy!

Nih sure putih macam Affan gak nih. Muke cam Azie.. Biaselah baby boy slalu ikut muke mummy. Bilelah nak gi melawat Azie nih.. aku dah la tak reti nak drive sorang2.

25 May 2009

Mahukan anak yang BIJAK?

Warning: Post nih agak (sangat) panjang. Tapi berbaloi untuk dibace. Sile teruskan bace jika nak tau camne nak dapat anak yang bijak or berenti membace kalo tak kisah anak anda tak pandai pon takpe.
---------------------------------------

Arituh, dok bace blog2 mummy nih sume, terbace pasal artikel bertajuk "Mengapa Yahudi Bijak?" kat blog mummy Qarissa nih. Really a good artikel and aku nak kongsi jugak ngan sume parents yang bace blog aku nih. Especially to my dear hubby.

Ok, artikel nih ditulis oleh seorang dokter and die bukan seorang Yahudi. And ape yang ditulis nih bukan berkaitan agama or kaum. So, hope jgn ade yang salah anggap pulak sebab ade perkataan Yahudi tuh kan.. Cuba amik mende yang positif dan mane yang tak bertentangan dengan agama kita, bolehlah dipraktikkan. Actually certain things yang diamalkan pon ade jugak digariskan dalam Islam, cumanye, tak diamalkan sepenuhnye oleh orang kita. So, bace dulu, paham2 kan..dan tanyelah diri sendiri samaada nak anak dan keturunan kita bijak, genius atau tak.


Mengapa YAHUDI Bijak??
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda( 10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka (Singapore) hampir serupa dengan Israel , Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, Yang ingin saya ketengahkan ialah, MAMPUKAH KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI YANG BIJAK SEPERTI YAHUDI? Jawapannya ialah mungkin memerlukan perubahan, dan pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa Saya Gemarkan Tomato.

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


--Dr. Stephen Carr Leon

----------------------------------------------

So, betul tak aku cakap, byk mende yang diorang amalkan sebenarnye dah memang menjadi garis panduan dalam ajaran agama Islam. Nih summary dari aku:

1. Menyanyi / Main piano mase mengandung - Bagi yang beragama Islam, kite digalakkan membace al-quran sepanjang mengandung. Same jugak konsepnye kan. Alunan suara yang lembut boleh merangsang perkembangan otak bayi

2. Makan kurma dan elakkan makan kepale ikan - Memang pon nabi kita galakkan makan kurma kan. Bukan makan mase bulan puase je. And kepale ikan, rasenye sume pon tau kan.. kecik2 mak aku selalu cakap, jangan makan kepale ikan, nanti jadi bodoh.

3. Jangan makan ikan bersama daging - aku pernah bace artikel pasal nih. Ade menyebut adab makan Rasulullah yg lain. Mcm susu dan buah tak leh makan sekali (cocktail/ puding, x boleh sebenarnye), buah kene makan dulu, bukan selepas makan. Alamak, kat mane artikel tuh ha, kalo ade, boleh aku taruk sini.

4. Menggoyangkan/menundukkan kepale - Nih memang orang Islam dah lakukan. Iaitu mase sembahyang. Pergerakan menunduk semase sujud, rukuk..kan? atau berzikir pon boleh.

5. Rokok adalah satu pantang larang - Yes aku sokong sangat2. Merokok boleh membunuh sel2 otak..oh, tidakk merokok boleh melahirkan generasi yang bodoh!!!

So, moral of the story, marilah kite sume, makan ikan banyak2 atau minyak ikan (aku dahla tak suke makan ikan, kene makan nih kalo nak anak pandai), and make sure husband anda berhenti isap rokok sekarang. Or JANGAN KAWEN ngan PEROKOK kalo taknak dapat anak yang bodoh.

Huhu, camne nih.. kene banyak ajar Affan macam2 untuk develop thinking skill die bermula dari sekarang and nanti nak ajar die makan ikan and minyak ikan.

Oh, aku juge suke part yang parents akan cuba selesaikan soalan matematik bile tau isteri mengandung. Wah, something new and those yang pregnant, boleh la try. Ape kate cube sudoku ke, or korek balik buku Math and try2 jawab or kalo nk lagi mencabar, buat soalan add math! Ahahah.

But seriously, aku akan pakse my hubby benti merokok dari sekarang, like SERIOUSLY! Aku taknak anak atau keturunan aku tak bijak. Huhu..Sekarang aku ade alasan lagi kukuh untuk buatkan die stop smoking. Sure die taknak jadi penyebab kepade ketidak bijakan anaknye nanti.

To ALL Parents: Pastinye anda inginkan yang terbaik untuk anak korang kan? Jadi, fikir2 kan lah

22 May 2009

Hari nih balik Kuantan

Wahh mengantuknyee pagi nih kat opis.. nih gare2 tido kol 1 semalam, sanggup bersengkang mate semate2 nak tengok re-run Desperate Housewife kol 11.45pm- 12.45am. Sebab hari selase arituh tak sempat tengok.

Ala, tuh je la cite yang aku tengok kat TV sekarang pon. Sepanjang seminggu, aku hanye tengok TV hari Selase, cite Ugly Betty ngan Desperate Housewife je! Betape tak perlunye aku mempunyai astro sekarang sebab setiap mase dok mengadap lap top jek. Hehehe. Kat umah lak ade Wifi free dari rumah belakang yang tak di taruk password. So, syiok gilelah gune. Dah la laju kan, compare to broadband.

Hari nih, datang keje jalan kaki je gi LRT, bawak beg balik kampung terus. Karang pas keje kol 5 trus chiow gi Pekeliling. tiket dah beli siap2 dah mase turun bas dari Kuantan Ahad lepas. Bestnye boleh jumpe Affan yang dirindui dan papanye juge..

Hmm, minggu depan hari rabu aku amek cuti. Rabu aku ade join jualan kelab kat KPKT nih, aku bukak gerai untuk jual baju2 baby tuh. Ngan business partner aku, En. Azrai. Booth bukak dr kol 9pg-5ptg. So, sesape yang berade kat Pusat Bandar Damansara nih, bolehla jenguk2 booth aku. Harge sure murah2 nye. And stok baru baju cun2 sumenye. Datang jangan tak datang! Ingat tau Rabu 27 hb5.. Orang gomen dah dapat gaji time tuh kan..



21 May 2009

Public Transporter, sile bertamadun sikit boleh tak?

Semalam mase nak naik bas nak gi opis, biaselah beratur punyelah panjang. Selalu je doa, mintak2 la dapat naik. Dapat seat tuh memang tak harap la. sure x dapat duduk nye, dapat berdiri sipi2 kat pintu pon jadilah, asalkan x lewat sampai opis.

So, mase tuh, bas dah penuh, tinggal beberape org lagi kat depan aku, alamak, aku pikir, dapat ke x naik nih. Tunggu je turn aku untuk bayar tiket, then tetibe ade sorang amoi nih meluru dari belakang trus hulur duit die kat pakcik bas, untuk dapatkan tiket. Selambe badak je. Adelagi 3 org kat depan lom bayar lagi tau. Aku yang terkejut, terus terkeluar dari mulut aku "Eh, jangan la potong queue". Right to her face! terkulat2 muke die. Tapi dah berjaye pon die potong queue.

Ha, hambik ko! Geram aku. Ingat die sorang je nak cepat. Padan muke malu, rasenye ade gak beberape orang yg dengar.. Dahlah bile dekat nak sampai opis and makin kurang orang, and seat semakin kosong, die kene dok sebelah aku sebab seat seblah aku kosong. Ahahaha, sure muke die tebal gile.

Lepas tuh lak, mase naik LRT, nak turun dah kat Setiawangsa ni, orang ramai dalam tren, and ramai gak yg nak turun kat Setiawangsa. Dalam aku cube memboloskan diri nak kuar tuh, ade sorang akak nih dengan kasarnye tolak2, himpit aku. macam die sorang je nak kuar, and takut sangat pintu tren tu tutup, tak sempat keluar. Aku dahla pening2 lalat, x larat rase nak pitam, die main himpit2 lak. Aku geram trus sound "SABARLAH!". Tapi mase tuh die dah kat depan aku. and cepat2 kuar pintu. Tapi aku sure sgt die dengar. Bengong! Ntah ape yang dikejornye ntah. Nak terberak kot. Eiii, geram aku!

Peraturan bagi Public Transporter
  1. Silelah beratur dengan berdisiplin ok. Dah lambat tuh, padan muke. Jgn nak potong2 queue lak.
  2. Janganla main tolak2, himpit2 orang. Tak reti bahase ke nak cakap "Excuse me", ke "Tumpang Lalu" ke, "sorry" ke.. cikgu tadikan korang tak ajar ke?
  3. Silelah pakai deodorant ok. Kalo takde, aku boleh sparekan satu utk wakaf.
  4. Silelah gosok gigi juge ye! Sebab dlm keadaan terhimpit, kdg2 sgt dekat ngan mulut org and bile die bercakap or menguap, hooollamakkkk, bau!!! (Mase tadika takde ke nurse and dokter gigi dtg tunjuk care gosok gigi menggunekan gigi and berus gigi yang besar tuh, pastuh ramai2 bertinggung tepi longkang untuk berus gigi? Ke, korang tak sekolah tadika?)
  5. Kalo tengah on the fon tuh, tak payah la cakap kuat2 macam lah sume orang nak kene tau yang "nasik goreng dalam kuali kene panaskan kalo tak nanti basi" atau "Macammane pulak phone line saye kene potong? cube awak explain, line saye kene potong sebab saye dah lame tak gune ....bla.. bla"
  6. Kalo tido tuh, cover la sikit rupe anda. Buruk gile tau tido dalam LRT kepale dongak sampai ke cermin belakang, mulut ngange, lobang idung bersepang, kaki terkangkang.. huh!

20 May 2009

Impiana KLCC again

Semalam balik keje naik LRT, dapat dok bahagian depan skali. Best gak, boleh letak beg kat situ and tengok train jalan, cam naik roller coaster. tapi takut gak bile masuk terowong, teringat crite2 thriller..

Semalam hujan, dari jauh nampak Kl Tower.

Nih dah sampai stesen Pasar Seni..

Anyway semalam, Afat datang KL, die ade meeting kat KLCC and hari nih pulak die nye meeting kat Bangi. Sepatutnye kene dok Hotel Equatorial Bangi. Tapi jauh lak nnt aku nak gi keje. So, die request dok Impiana KLCC je. Aku nak gi keje pon snang, naik LRT je.

Semalam, lepas die abes meeting and check in hotel, baru amek aku kat Setiawangsa dlm kol 8 malam. Gi makan dulu. Masing2 dah lapo. Lame dah mengidam nak makan kat Pelita dekat2 area KLCC tuh.. So, gi jugak lah, walopon parking susah gile.

Kat Pelita, aku makan sup ayam. Suke sgt sup mamak yang macam tuh and cicah ngan roti. But yang nih masin sgt lah. Roti die pon keras. Huhu. Afat makan nasik. Sian die satu hari tak makan lagik.

Then terus gi Impiana. Saje amek gambo org dok main biola, piano kat lobby tuh.
Gambar-gambar lain tak yah amek dah, bleh refer je kat entry yg nih: A Night Stay at Impiana KLCC

Dalam lif. *pendeknye aku..

Nih Afat suke benor makan Mister Potato. Nak mengugurkan rambut lagi lah tu.. dahla beli perise aku tak suke. Saje nak makan sorang la tu.

Nih pagi tadi, kol 6.30pg dah check out. Afat nak antar aku kat LRT Ampang Park and die trus gi Bangi. Rugi check out awal2, x dpt breakfast free. RM 260 semalaman inclusive breakfast tuh. Bagus IPerintis nih, Kalo pegawai gomen cam aku nih entitle RM120 je rasenye semalam. Huhu.

Bestnye kalo Afat dapat datang KL selalu. Especially kalo dapat dok hotel selalu. Eheheh.

Ok, itu sahaje.. sekian laporan dari aku..

19 May 2009

Aku yang penat.. dah tak larat..

Hmm, tak tahulah kenape sekarang rase penat sangat kehidupan hari2. Bangun kol 6 pagi, pastuh dlm kol 6.30 (plg awal la), start kete gi stesen LRT, park kate. Naik lak LRT, orang ramai, kene berdiri sampai ke Bangsar. Pastuh turun LRT, kene jalan lagi tggu bas, beratur panjang2, naik bas himpit2 tak dapat duduk, bas laju, terhuyung hayang kene himpit lagi dan menghimpit orang. Pastuh balik pon camtuh jugak.. Berebut naik bas.. Balik rumah rase penat sangat2 penat. Sile rujuk entry ini: An Ordinary Life of a Public Transporter

Kadang2 kat stesen LRt pon dah tak larat nak naik escelator. Macam dah takde tenage dah. Aduh.. penat nye.. Bilekah la penderitaan nih nak berakhir. Tak tahan kepenatan sangat2.. aku dah tak larat dah nih.. Tolong laaaaaa.... aku rase aku perlukan vitamin la.

Hari Jumaat lak kalo nak naik bas balik Kuantan lepas balik keje, sure tak bawak kete gi LRT. Kene jalan gelap2 subuh, bawak beg berat, jln sorang2 berpeluh2 sampai ke stesen LRT. Pastuh balik keje, trus berkejar nak naik bas tepat kol 5 petang bawak beg baju dari opis so that sempat sampai Pekeliling. Jalan laju2 gile, berhimpit2 lagi dalam LRT, tukar naik LRT kat Masjid jamek lak. Kene jalan lagi. Huhuh, penat sangat sangat sangat.. rase nak pengsan sorang2 kat setesen LRT tuh.

Dah lah arituh galas beg laptop kat belakang, sampai stesen LRT, aku duduk jap, baru perasan zip beg dah terbukak, terngange camtuh je. Nih sah ade manusia kurang ajar cube nak mencurik, mencopet nih. aku benci KL! ramai orang jahat.. Then lepas tuh berlaku lagi. Zip beg terbukak lagi. ntah mase bile ntah.. anyway, x de mende berharge pon aku letak kat poket depan beg. Weh pencurik..Ingat aku bodoh ke nak letak purse kat situ.

Memang sesape bawak beg sandang (Back Pack), sile pastikan poket beg anda yg senang di access oleh sesape yg dok kat belakang korang tuh, x de simpan mende2 berharge. Kalo bleh galas beg kedepan or sandar kat dinding kalo naik LRT. Kalo ade org berdiri blkg korang dalam bersempit2 tuh, make sure korang gerak2 kan badan, jgn stay jek. So, susahlan die nak mencopet.

Wohoho, penat sungguh la dengan kehidupan kat KL nih.. banyak sangat cabaran.. Ramai sangat orang.. dan orang jahat di mana-mana. AND I'M ALONE..

18 May 2009

A weekend with Bowling and Shopping

Sabtu arituh bangun pagi2 gile. Affan dah terjage nak susu, bagi die minum, pastuh bawak die kuar jalan2 depan rumah pagi2 hari. Suke sangat lah die. Kak Roza, Jiran selang beberape buah rumah pon keluar bawak baby die. Lepak2 la kat depan rumah sambil tunjuk2 stok baru baju2 baby yang dibawak balik ke Kuantan.

Kol 9.30 pagi dah gerak ke Megamall Kuantan sebab Afat ade bowling nye game ngan staff IPerintis. Lame dah die tak main bowling. Bagi can la sket kan. bawak Affan sekali..

Affan ngan papa. Muke muncung sbb x puas tido, trus angkat masuk kete sbb papa nak cepat gi Megamall.

Ramai btul kwn2 ofis papa nih. Baby2 pon ramai jugak. Suke la Affan dapat jumpe baby girl comel2.

Sejuk kat situ, takut Affan demam lagi. Kene pakai sweater ngan topi je all the time. Kadang2 die rimas, die cabut gak topinye.

Ehehehe..anak mama yang sorang nih..

Boring2 dok situ lame2, mase Affan tido, aku gi jalan2 kat Megamall tu sorang2. Then Afat call cakap Affan dah bangun. Pastuh naik jage Affan. Tapi lepas tuh gi shopping lagi dengan menolak stroller Affan sorang2 round2 satu Megamall ngan Affan.

Ade je orang tegur Affan, cuit2 die and sape yg lalu sure benti tegur die. Kalo dlm lif asek kene puji je Affan nih, ehehe. Baik je Affan dok dlm stroller teman mama shopping tengok baju tu, tengok baju nih, try lipstick.. Tapi kadang2 die nangis gak nak dukung. Penat agaknye duduk je dlm stroller. But biasenye mase aku tgh pilih2 mende, selalu je Shop asssistant tolong jage and main2 ngan Affan.

Nih dah abes main bowling, tengah tggu result.

Affan gembire tak pasal2..

Oh result dah kuar and Afat dapat 3rd place individu.. Dapat la beg satu. Huhu. Hadiah tak best. Affan pulak dah tertido kepenatan. So, kitorg trus decide nak lunch sementare die tido nih.. Dah dekat kol 3 tak makan lagi. Lapo gile.

Affan tido je. Jadi kitorang dapat makan dengan aman.

Tetibe Afat nih beria lak ajak makan pizza. Padahal die tak berape mkn sgt, Tapi akula yg suke gile pizza kan..

Muke serius dapat makan Cheezy Lava. Sebenarnye gambar yg muke tak serius nampak gemuk. jadi, taruk gambar nih.

Lepas tuh gi Tunas Manja (nama supermarket) nak beli susu Affan. Tapi dah abes, takde stok langsung, Kat Nirwana pon dah abes. Kat tempat2 macam nih Enfalac dalam RM69 je.

Affan skang dah boleh duduk dlm troli. Yeah, dah tak yah dukung or bawak stroller die. Senyap je die dlm troli tuh. Kadang tangan nak mencapai gak barang2 kat atas rak.

Lepas tu kene la pusing balik gi Giant. Harge susu kat sini RM76. Mahal sekt, but kene gak la beli. Pastuh beli gak diapers Affan. Kali nih nak try pakai Huggies Pull-Ups-Pants lak. Comel je design die ade kartun2. Sbb Affan skang susah sgt nak dipakaikan pempers, asek pusing2 je. Pakai yg pants nih snang sket.

Nih dalam troli kat Giant lak. Papa tolak laju2.. dah dapat Huggies due, susu satu tin, then balik rumah la.

Papanye trus terbongkang tido kepenatan sbb main bowling..

Papa dan Affan merindui Mama

Hari Khamis malam minggu lepas, aku kuar ngan Abidah and Linda. Afat call and msg beberape kali, tak prasan lak henfon bunyi. Tetibe Linda tunjuk henfon die, Afat hantar MMS gambar kat bawah nih.

Alalala, comelnye anak ngan papa nye buat muke mintak simpati ngan mama yang tak jawab call. Huhu, pandai lak tuh papa gi hantar MMS kat henfon Linda. Die dah agak dah, Linda nih sure pakai henfon gempak so, sure leh dapat MMS. Maklumlah henfon aku kan tertinggal kat Afat, nih die amek gambar nih gune henfon aku lah nih..

Sayang mereka berdua nih.. hari nih aku dah kat KL, Afat dah kat Kerteh. Tinggal Affan ngan nenek kat Kuantan.. Jume lagi hari Jumaat nanti ye..

13 May 2009

Motivasi yang pendek

Balik dari Stesen LRT tadi, sempat la dengar Era kejap. Adel ak renungan di Era bersama Dato' Dr Fadzillah Kamsah.. Aku sgt suke ceramah motivasi die, sbb ringkas, senang paham and contoh yg die bg sangat selambe and kelakar.

So, kali nih die ade cakap pasal, kite kene jujur ngan setiap perkara dengan pasangan kita atau ngan sesape saje. Jangan ade simpan ape2 ketakpuasan hati walaupon sikit sebab kalo pendam lame, simpan jadi dendam bertahun2 bile gaduh akan jadi gaduh besar. And kalo suami isteri, tuh yg boleh buat bergaduh sampai suami pemurah nak bagi cerai talak 3 sekaligus. (Ahaha, tergelak gak aku dengar)

Die kate gak, lebih baik gaduh kecik2 dari simpan je, sampai satu mase, mende tuh beyond repair and keadaan dah tak leh diselamatkan and jadilah mende2 yang x patut. Tak kirelah, suami isteri ke, mertua menantu ke, kawan2 ke, orang2 sekeliling ke..

Jadi kesimpulannye, ape je yang terlintas kat ati, yang kite nak tegur ke, nak cakap ke, cakap je. Mungkin org tuh akan terasa, and mungkin akan gaduh kecik, but tu sementare je and lebih baik dari pendam lame2 sehingga sampai satu mase meletop tibe2..

Bagus2.. diharap ianya jugak dapat memotivasikan korang dan juge aku.. bye..

Aku yang sangat Pelupa

Hohoh, memang minggu yang malang agak nye. Hari nih, satu lagi kes kecuaian dan kelupaan yang melampau.. Camnih critenye:

Aku gi opis pagi tadi tak bawak handbag, sebab dah bawak beg laptop ngan satu lg beg isi baju2 baby yg nak dibawak kat opis. Kak Su yg mengandung tuh nak tengok, but tak sempat tunjuk kat die, dah kene antar die gi spital. Huhu.

Mase nak kuar dari opis untuk balik ke rumah, aku tinggal beg yg isi baju2 baby tuh and bawak blk beg laptop je. Sengaje tinggal sbb nak pos baju customer pon dari pejabat pos yang dekat ngan opis. Mase jalan nak tunggu bas, dah teringat.."Alamak, tiket bas pagi tadi tinggal dalam beg tuh". Kalo takde tiket, kene beli lagila tiket RM1. Then aku pikir "Ala, x pelah, singgit je. Malas pulak nak patah balik, kang tertinggal bas."

Tapi terpikir pulak,"emm, kalo suruh Murali (opismate) amikkan boleh gak ni sebab die pon naak naik bas lepas nih." Baru nak call Murali, then teringat yang henfon aku kan pade Afat skang. (Sile rujuk entry sebelum nih). So nombor tepon Murali takde kat henfon yg aku gune skang. Malas pulak nk suruh Afat sms kan no tefon Murali. "Takpelah, beli jela tiket baru, singgit je".

Then naik la bas, beli tiket baru. Tak kisah sangat la.. then naik LRT, then sampai la kat Setiawangsa. Sampai stesen, nak keluarkan kunci kete, baru teringat yang kunci kete ade dalam beg yang ditinggalkan kat opis tuh!! Uwaaa.. rase nak menjerit. But, buat2 jugak cari kunci dalam beg laptop, mane tau kot2 ade. But, confirm x de!

Then kepale ligat berpikir, kalo balik naik teksi boleh gak nih, nanti amek kunci spare kat rumah, then datang balik Stesen LRT ngan Lily (anak tuan rumah yang baru dtg 2 hari, kalo x, b4 nih aku dok sorg2). Then baru teringat jugak yang kunci rumah ade dalam kete!!!

Huhu, maknenye aku takleh la balik rumah kalo x confirm Lily ade kat rumah. Try call Lily byk kali x angkat lak. Sudah.. abes la aku.. mane nak tido malam nih. Takleh masuk kete, tak leh masuk rumah, ofis dah tutup..

But at last Lily balas sms, dipendekkan cerite, aku soh Lily amekkan kunci spare and dtg bawak ke stesen LRT tuh. So, aku dapat drive kete balik rumah..And sume masalah selesai.. waaa.. Nasib baik ade kunci spare kat rumah and ade Lily kat rumah! Kalolah time tu aku sorang2 camne? Nak patah balik ke ofis, ofis dah kunci.. Bateri henfon pulak dah low.. memang dugaan betulla.

So, Moral of the story:
1. Aku tak boleh idup tanpe henfon aku and handbag aku. Walopon Afat selalu cakap handbag bersepah sume bende taruk dlm tuh, but as long as sume mende ade dalam handbag, maknenye x de mende akan tertinggal. Macam kunci rumah, kunci kete, henfon, ubat, sume tuh tak leh dikeluarkan dari handbag. Kalo tak, camni lah jadinye.. Huhu.

2. Kalo aku mintak no fon Murali and call die soh bwk kan tiket bas, sure die akan perasan ade kunci kete tinggal dlm poket beg tuh jugak. Ye, kalaulah aku mintak no fon die dari Afat..

And kesimpulannye.. Allah takkan menduga kita dengan dugaan yang tak tertanggung oleh kite.. Die tahu setakat mane kite mampu bertahan so, setakat tu jelah die uji kite.. *applicable to all situation ye*

Kawan2 bakal dapat baby lagi

Pagi tadi kol 9 pagi, ade sorang kakak kat ofis nih (Kak Su) yang pregnant menunggu hari je. (Baby ke-2) Die cakap dah bleeding. Kecoh kitorg sekejap. So, kitorg decide nak hantar die ke Hospital Selayang. Naik la kete die. Jai yg drive, Kak Ayu tukang tunjuk jalan, aku tukang bagi sokongan. ahaha. kejap je dah sampai Hospital. tapi Kak Su cakap die tak rase sakit pape pon.

Kitorg duduk dulu kat luar spital tuh tggu hubby die datang bawak kad rawatan hospital sume. Pas hubby die datang, baru die register sume. Kitorg ber3 lepak kat cafe dulu. Then dalam kol 11 lebih hubby die turun cakap die nak hantar kitorg balik ofis dulu. Kak Su admitted sbb dah ade bukaan 2 cm. ehehe, teringat pulak time aku nak bersalin arituh.. anyway, sampai ke petang nih tak de berite lagi. Blom bersalin lagi la tuh.

Hmm, tadi pulak chat ngan membe skolah yang lame tak denga kabar. Si Shima a.k.a Siti Rahimah. Die cakap tengah cuti sebab mabuk teruk, die pregnant 3 bulan. Anak 1st.. Wahh.. lepas tuh, kebetulan chat ngan sorang lagi, (nama dirahsiakan) die cakap die sakit, masuk spital, muntah2 teruk..rupenye die pon pregnant 3 bulan jugak.. anak ke 3.. wahh dah masuk ke 3 tuh..

Whoaa.. dalam sehari dapat tau 2 kawan pregnant and sorang nak bersalin.. Bakal mendapat anak pertame, kedua, dan ketige..

12 May 2009

Happy Mother's Day To Me

This year first time aku boleh sambut Mother's Day!! Tahun lepas tengah pregnan kan Affan. Afat cakap "Awak mane boleh sambut Mother's day, belum jadi ibu lagi". Huhu, mase tuh sedeh gak la die cakap cenggitu.. tapi takpe, tahun nih, dah bleh sambut.

Anyway, seb baik Hari Ahad arituh Afat pon cuti. Takdelah plan ape2 pon utk Mother's Day.. die pon cam buat tak tau jek.. Hehe, tengah hari Ahad tuh, ajak Afat gi East Coast Mall, nak beli Big Apple Donut. Dah lame teringin nk gune kupon yg beli 12 bijik donut, dapat 6 donut free.

Gi East Coast mall x bawak affan. Die baru baik demam. Mak tak bagi bawak gi tempat2 ramai orang. Mule2 jalan2 kat East Coast mall tuh, tak tau arah tujuan. ronde2 jek. Dahla aku asek muncung sbb tak dapat beli Donut sebab mesin die rosak. sebijik donut pon xde.. huhu, bengang..

Afat tanye nak hadiah ape untuk hari ibu.. Tapi tak tau nak cakap ape. Segan mintak2 nih. ehehe.. i tak biaselah.. Dah lame2 tuh, die asek tanye punye tanye..aku dah cakap dah, ikut die lah nak belikan ape.. asalkan iklas.. kang aku mintak kang, mahal..

Die cakap, hadiah untuk lahirkan Affan pon die lom bagi aku lagik.. So die suruh aku mintak je nak ape.. Eheheh, lagilah segan nak mintak nih... eheheh.. tapi nak. eheheh.. Malu tapi mahu..

Last2 die cakap, "Oklah abang pejam mate, awak bawak je abang masuk mane2 kedai" hahaha.. kelakar sungguh. Banyak kali aku tanye "Betul ni?" Pastuh jalan2, berhenti kat Kedai Wah Chan.. ehehe, ape lagi, ajak la die masuk situ.. Wah Chan pon jadi la. Alaa, kenape Kuantan takde Habib.. biasenye Habib selalu dok hantar2 SMS kat aku cakap ade sale.

Hati gembire tengah memilih yang menjadi idaman hati.

Muke senyum tak boleh dikontrol lagi, teruja Afat nak belikan hadiah..

Ehehe, then pilih punye pilih, dapat lah yang berkenan di hati. Banyak kali tanye die.. "Betul nih?" dah die cakap ok.. ok lah kan.. Lagipon die penah janji, kalo lahirkan die sorang anak, die akan bg somethingla. Bukan untuk sape pon, untuk wife die jugak kan.. Sebagai tande penghargaan, ape salahnye kan.

Lepas dapat tuh, muke asek senyum meleret je, tak leh tutup. Ehehehe.. Dah pompuan, camtuh la kalo dapat hadiah.. Tahun depan boleh bagi lagi ye..
* Muke senyum lebar ngan mate sepet bercahaye kegembiraan macam tuh memang jarang2 kelihatan terutama di saat hidup dirundung dugaan ini.. Ehehe, at least ade gak la mende yang menceriakan hari2 yang kesepian..

Yang pastinye aku sangat happy hari tuh, SUKE! SUKE! Serius tak plan pon apetah lagi berniat sebegitu.. dah die tanye kan.. aku rase tu yang paling worth nak beli pon. Value die akan kekal sampai bile2 and boleh pakai setiap mase and akan membuatkan aku ingat My First Mother's Day yang amat bermakne.

Thanks sayang. I really love it.. Love you till the end of my life and will be a good mother for our child(s)... macam nih, barulah semangat nak beranak lagi.. nanti.. ehehehehe..

*Takleh cakap beli ape.. tak baikk..

Tidak Semua Orang Faham

Seperti yang korang semua tahu, aku dok kat KL nih sorang-sorang sahaje. Anak kat Kuantan, mak aku yang jage and Husband aku kerje and duduk kat kerteh. Cuma weekend je kami bertige berjumpe. Setakat nih, without fail every week aku memang jumpe anakku si Affan.

Yang aku nak katekan kat sini, bahawe betape nye tidak semua orang faham macammane perasaan berjauhan ngan anak yang dikandungi sendiri. Apetah lagi cume jumpe 2 hari, pastuh terpakse tinggalkan die 5 hari. Mase nak tinggalkan die tuh, sedeh je rase tengok die tengah tido or die tengah gelak2 main, tak tau ape2.. tak tau yang mama die nak balik KL tinggalkan die. And bile bangun tido, mama dah takde.. dan tunggu lagi 5 hari baru jumpe Mama die.

Sedeh bile ade suare2 yang berkate:

"Sedaplah ko dok KL sorang2. Rilek je. Anak mak ko jage". atau..
"Boleh ek, ko tinggal anak gi keje. Kalo akulah, sehari je tak tengok anak dah macam nak gile." atau..
"Ko tak rindu kat anak ke?" and macam2 lagi lah..

Pedih hati denga. Betape mereka tak tahu bahawe beban yang ditanggung bile terpakse berjauhan dari anak dan suami adalah lebih berat dari tuh. Diorang tak rase ape aku rase. Diorang ingat aku enjoy sorang2 duduk KL. Huhu, hati seorang ibu tetap sekelumit pon x kan sanggup berpisah ngan anak die. Tapi aku terpakse, buat sementare sahaje.

Kesian Affan yang tak tahu ape2.. mama ade ke, mama tak de ke, papa ade ke tak.. Die sgt kecik untuk memahami yang hidup ini tak seperti yang kite rancangkan selalu. Hidup ini terlalu banyak cabaran, dan hidup nih penuh dengan orang yang pelbagai ragam. Yang boleh berkate ape sahaje tanpe memikirkan perasaan orang lain. Yang ingat mereka sahaje yang betul, yang fikir mereka boleh buat keputusan terhadap hidup orang lain. Yang ingat orang boleh ikut ape sahaje kate mereka.

Tak apelah, biarkan mereka dengan fikiran mereka.. yang penting aku sayang anak aku, suami aku, hanye aku sahaje yang tahu betape sayangnye aku terhadap mereka. Dan aku sanggup lakukan ape saje untuk kebahagiaan kami.

Kalo tak, takkan la aku berusaha tulis surat rayuan camnih kat JPA: (antara 3 perenggan akhir dalam surat rayuan pertukaran aku)

"Untuk pengetahuan tuan, saya mempunyai anak yang masih kecil, iaitu berumur 8 bulan yang tinggal bersama ibu saya di Kuantan, Pahang. Sejak akhir-akhir ini kesihatannya kurang memuaskan dan sering demam. Saya tidak sanggup lagi untuk meninggalkannya saban minggu. Untuk membawanya ke Kuala Lumpur agak sukar kerana saya hanya menyewa bilik di sini. Suami pula bekerja di Kertih, Terengganu.

Oleh yang demikian, saya merayu sekali lagi agar proses pertukaran saya dapat disegerakan berikutan faktor di atas. Saya juga masih belum ditempatkan di mana-mana PBT buat masa sekarang. Jadi, saya berpendapat tiada salahnya jika pengganti dihantar kemudian.

Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini atas dasar kemanusiaan kerana apa yang dilakukan hanyalah untuk anak dan keluarga tersayang. Segala kerjasama amatlah dihargai."

Ye, aku memang tak sanggup berjauhan ngan Affan dan Afat walau sehari..walau sekejap.. Inikan pula dah berjauhan dekat 4 bulan nih.. Kerane mase2 macamnih la, mase yang paling berharge. Die cepat belajar menje2 yang baru dan aku taknak terlepas menyaksikan semua mende yang die pandai buat untuk kali pertama.

Bile mase kita susah, baru kita sedar sape yang dekat ngan kite dan sape yang jauh dari kite..SEBENARNYE.

Kes kecuaian ke 4

Oh Lupe, satu lagi kes 2 mggu lepas. Em, mase kat ofis, aku bg member ofis pinjam modem broadband tuh. Dekat2 nak waktu balik tuh, dah ingat dah, amek broadband dari Jai.. Tapi disebabkan rush sgt nak balik tepat kol 5 ptg nak punch kad, aku lupe nak amek broadband dari die. Huhu

Dahla harituh handphone tertinggal kat rumah (ceh, kes kecuaian ke 5 pulak). So, membe aku nih x leh la nak call aku nak pulangkan modem tuh. Sudah nye kat rumah baru sedar yg modem ade pade die. Hari tuh, hari jumaat. Dahla minggu depannye sepanjang minggu aku training kat luar. x masuk ofis seminggu.

Aku pikir, ish x leh jadi nih.. dahla modem baru dapat. Malam tuh lak Afat akan datang KLand bawak sekali laptop untuk bg aku. So, dengan gigihnye aku telah arrange untuk jumpe Jai kat stesen KTM KL dlm kol 9 mlm sbb die ade nak amek wife die kat situ.

Sudahnye, kenelah aku naik lrt malam2 tuh and jalan dari LRT Pasar Seni ke Stesen KTM KL. jauh gak jalan. Rupenye Jai tuh tggu wife die kat sebelah sane stesen. Dahla malam, gelap, x de org. Takut btul, berpeluh2 jalan, x jumpe lak si Jai nih. Last2 aku masuk dalam platform, suruh die cari aku kat situ. Akhirnye jumpe gak. Jai pon cakap "Anak ko tinggal tak?" (Huhu perli aku sbb asek lupe barang).

Then balik tuh, aku naik komuter je ke KL Sentral, then naik LRT ke Setiawangsa. Akhirnye dapat broadband.. and dapat Laptop malam tuh. Yeah.. so sekarang aku dah ade laptop sendri!! Dengan adenye broadband and laptop, yeah hidup aku sebagai blogger kini sudah lengkap. Ahahahah!

11 May 2009

Of Being So Careless

Kes Kecuaian Pertama

Dari hari nih sampai Jumaat Malam nanti kalo ade sesape yang nak call or sms aku, silelah gune no nih: 017-633****. (ops, aku telah dapat beberape call yang tak dikenali. terpakse rahsiakan no.) Tuh nombor sementare.. kerane.. henfon aku termasuk dalam beg baju husband ku dan dah terbawak ke Kerteh. huhu.. Jumaat nih je baru jumpe die.

So, pagi tadi kalut2 dok cari henfon aku, bile call ade dialing tone, tapi x de bunyi kat rumah tu. So, memang suspect nih mesti Afat terbawak nih. Call die, suruh die cari dalam kete, die cakap ade dalam beg. Tak tau camne termasuk dalam beg, Maybe aku termasukkan mase kemaskan beg die or camne ntah, x tahulah.

Kesimpulannye, seb baik adek aku ade henfon spare, so, pinjam yang die dulu. Tadi dari Kuantan gerak ke KL naik bas. Sampai stesen LRT Titiwangsa, beli simkad baru. huhu, lame dah tak beli prepaid2 nih. X pelah, dah terpakse.. But lepas dapat balik henfon aku, tak gune dah la nombor sementare nih. Bertahan sampai jumaat malam jek...


Kes Kecuaian ke-2

Hari Jumaat lepas, keluarkan duit kat mesin ATM kat LRT stesen, dah tekan jumlah yg nak dikeluarkan then kad pun keluar, aku tarik kad ATM and trus blah. Beberape langkah kedepan, baru teringat duit tak amek, melompat trus aku berkejar kat mesin ATM sambil terjerit sorang2. Seb baik duit tuh elok je lagi terpampang kat ATM mesin tu. Aku cepat2 amek, masukkan dalam purse.

Gilelah, kalo lambat sket, ntah sesape lalu, free2 jek dapat duit. huhu.. tuh la, asek berangan. Selalu buat keje dalam keadaan tak sedar.

Kes Kecuaian ke-3

Agak berkaitan dengan yang pertama. Berlaku 2 mggu lepas. aku kat Kuantan lagi, nak balik ke KL harituh. tetibe teringat kunci rumah still dalam kete Afat. And Afat dah selamat berade kat Kerteh. huhu, seb baik ade makcik aku yg dok dekat2 kawasan tuh yang ade kunci rumah jugak. So, die bagi kunci die yg dah duplicate. Huhuh kalo tak, merempat la aku kat memane..

Moral of the story:

1. Kalo husband anda keje jauh and jarang jumpe, jauhkan barang2 anda dari beliau. Ahahha
2. Sile buat keje dalam keadaan sedar setiap mase.
3. Care2 guna mesn ATM adelah, masukkan jumlah yang nak keluar, amek kad, AMEK DUIT then amek resit ye!
4. Kunci rumah pastikan letak dalam handbag je.

Kesimpulannye: Sayang husband aku sebab sanggup cakap nak balik ke Kuantan hantar henfon semate2, sebelum aku naik bas balik ke KL tgh hari tadi. Walopon kene drive 1 jam45 min one way dari Kerteh ke Kuantan. Tapi aku cakap x yah la sebab boleh pakai henfon Nuru and boleh beli simkad lain.

08 May 2009

Esok balik Kuantan

Afat dah ade kat KL. Die datang semalam. Tapi esok pagi kot balik Kuantan. Biasenye Jumaat after aku keje balik Kuantan. Tapi takpe, Afat cuti lagi hari Ahad, ganti hari Wesak..

Nanti balik Kuantan boleh jual offline je baju2 baby tuh sume. Semalam dah amek stok baru. Seronok pulak bisness nih bile orang memberi sambutan.. eheheh. Tapi nanti kalo dah balik dok Kuantan, tak tau la camne nak amek stok. Susah sket la..

Tapi jual Offline (jual secare direct) lagi cepat habis sebenarnye dari online. Lagipon orang boleh tengok and rasa jenis material baju2 tuh and kalo berkenan trus grab je. Yg online nih banyak jugak saingannye and leceh sket sbb nak kene amek gambar, upload, update blog, and pos. Tapi takpe due2 method pon aku gune..

Nih aku kat Sri Rampai sebenarnye, ade training PHP kat sini seminggu dari Isnin hari tuh lagi. Hari nih last day. So far oklah.. dah paham sket2 pasal PHP. Barulah ade idea sket nak siapkan system yg kene buat tuh..

Oklah, bye u olsss...

06 May 2009

Friendster? tak main dah..

Seriously dekat setengah tahun tak bukak friendster tuh. Sesape kawan2 yang menjemput kenduri kawen melalui friendster tuh, bile aku bukak message, tengok-tengok, diorang dah mengandung or ade baby dah.. huhu. betape nye tak ber friendster skang. Nih baru bukak balik sbb Tunang adik aku bagi gambar Affan yang die dah edit comel2 gile. Punyelah dah tak familiar, sampai aku dah tak tau mane nak tengok kite nye photo album dlm friendster.. kat mane ek? jap aku usha skali lg..ish.. kat mane nk tengok gambar yg orang uploadkan utk kite?

Ok.. ok Dah jumpe.. maka nye aku nak tampal sini gambar Affan yang sangat geram rase nak cium2 nih. Silelah geram same ye..






Nih sume gambar time Affan bayi mude remaje lagi rasenye, sbb tuh la muke licin gebu tembam tanpe jerawat gigitan nyamuk, rambut pun halus2 lagik.

04 May 2009

Rombongan Peminangan ke Lenggong

Ok, skang kene adekan mase jugak utk update blog aku nih. Kesian korang yang dok singgah nak bace, tapi tak terupdate kan. (eceh bajet ramai la yang bace tuh).

Ok, meh aku ceritakan kronologi percutian Hari Buruh selama 3 hari yang dipenuhi acare Merisik dan Bertunang bagi pihak abang aku. Ok, majlis bertunang nih cume buat persiapan selama seminggu je.

Memule tuh plan nak gi merisik je, tup tup minggu lepas baru pihak pompuan cadangkan utk bertunang terus. Yelah sebab jauh kan nak gi kat Lenggong nun. Ok gak wat due majlis trus. So, kitorang pon kelam kabut la. Especially aku la yang kene wat hantarannye. Berjaye memecahkan rekod peribadi iaitu membuat set hantaran dalam mase 1 hari jek. Tuh pon 9 dulang jek la. And buat simple2 jek.

Hari Khamis malam (30/4/09) famili aku dari Kuantan sampai ke KL bersame Afat and Affan. Diorang bermalam dulu kat Setiawangsa nih. Then Jumaat pagi, setelah breakfast dengan sandwich yang aku buat, and mandikan Affan, kitorang gerak ke Bidor dalam kol 10.30pagi. Dengan 2 buah kete. Sebab 7 orang semuanya termasuk adik Afat.

Ok, kat Bidor hari Jumaat tuh, dipenuhi dengan aktiviti makan tanpe henti. Ibu dah sediakan macam2 menu untuk 3 hari kitorang kat sane. Dah siap buat karipap, lepat pisang, murtabak, cucur badak, termasuk lah lauk pauk macam kari ikan, sambal udang, sambal sotong, ayam goreng, nasik lemak, pulut kuning, rendang ayam dan lain2 aku dah lupe..banyak sgt.

So, Jumaat malam tuh bertungkus lumus siapkan hantaran mane yang tak buat lagi tuh. Sireh junjung buat malam tuh jugak. Bunge fully sponsored by ibu yg didatangkan dari Cameron. Kek pon Ibu sponsor.

Nih bidan2 terjun membuat sireh junjung buat julung2 kalinye. Main cucuk jelah asal nampak ade sireh jadi la.

Nih la hasilnye sireh junjung yang dibuat dengan bantuan adik aku, sambil dikomen2 oleh pengkritik tak diundang iaitu Mokngoh, mak aku, abah aku..

Yang nih coklat. Sangat senang ye. Beli bakul berharge RM10.90 kat Pasaraye Cowboy, alaskan dengan kertas lembut, curahkan 3 balang coklat, dan letak bunge kat atas nye. Tada! Dah siap.

(Step2 sampingan yang sebenarnye susah ialah modified jambangan bunge yang dibeli, tambah2 goldust, lekatkan ngan glue gun, potong riben and gubah bersame bunge kemudian cucuk ngan peniti kat bakul tuh)

Yang nih pulak kain pasang. Just lipan kain cantik2, masukkan dalam bakul letak bunge kat atasnye. Ye, sila ulangi step2 sampingan yang sebenarnye susah seperti diatas.


Ok, yang nih bekas cincin. Yang nih paling senang dalam dunia. Beli je bekas yang dah siap tuh kat Pasaraya Cowboy dengan harga RM18. Kemudian.. letak cincin. Tepuk tangan.. Ye, sume orang pon boleh buat.


Yang nih telekung sembahyang.

Nih la kek yang Ibu sponsor.

Yang nih buah-buahan. Disebabkan bunge sangat banyak, jadi taruk bunge jugakla bagi memeriahkan suasane dan memesongkan tema daripada Dazzling White Stylish Silver kepade Riang Ria Bunga Kekwa.

Eh, nih bukan hantaran walaupon die juge putih.. Affan yang tidur tak sedarkan diri dan malas nak tolong mama die buat sireh junjung. Jadi menidurkan diri dengan dikelilingi semua bantal sangat tamak macam die sorang je ade bantal.

Ok, hari sabtu pagi gerak dengan 2 buah kete ke Lenggong. Dari Bidor cuma makan masa 2 jam je ke Lenggong. Sampai sane dlm kol 12 tgh. singgah umah abg aku dulu, makan2 jap .Si Affan sangat masam muncung jek sebab panas kot..

Affan ngan maksu atas motor Pak Long die. Dok pikir bilelah nak gi meminang nih..

Ok, akhirnye dalam kol 1 lebih, setelah bakal tunang abg aku dah siap mekap, kitorg gerak gi Kampung Gua Gunung Runtuh, Lenggong tuh. Dekat je dari rumah abg aku.

So, nih la keadaannye mengeluarkan hantaran2 dari dalam boot kete dibawah terik mentari.
Rombongan yang datang cume 10 org termasuk abg aku. So, die pon kene bawakkan hantaran yang berjumlah 9 sumenye. Sorang lagi, iaitu Pakngah Affan kene dukung Affan.

Sume wajib bawak sorang satu yek..

Dalam rumah tunangnye. Tengah duduk2 dengar discussion.. abang aku yg pakai baju kuning tuh.

Dari kiri, abah Afat, abah aku dan bapak sedare pengantin pompuan. Tengah tengok2 cincin merisik dan cincin bertunang. "Ok, nampaknye berlian adalah asli, jadi saya setuju.."

Kemudian, mak aku masuk bilik untuk sarungkan cincin. Jadi sahlah sekarang abag aku Nur Hafiz Izani menjadi tunangan Wana (tak tau name penuh).

Alala, abg aku nih, duduk macam nak bersanding jek.

Bakal mak bapak mertua ngan bakal menantu.

Hantaran dari pihak pompuan. Kitorang bagi 9 dulang, die balas 23! Hantarannye masih mengekalkan ciri2 tradisional iaitu banyak makanan2 dan manisan2..

Dari kiri, abg aku, mak, Mok ngoh, Wana, ayah Wana, abah aku.

Kemudian, setelah majlis selesai, gulai kambing pon dah abes, kitorang pon chiow la.. Terus gi ke Kuala Kangsar. Tempat labu sayong. Nak beli cenderahati utk wedding adik aku bulan 6 nih.

Name tempat tuh Sayong. Dan terkenal dengan industri kecil-kecilan membuat labu. Jadilah Labu Sayong.

Papa menunjukkan labu sayong kecik kat Affan dan memberitahu, "Nih la bekas orang taruk jin dalam cite Jangan Pandang Belakang tuh. yang orang campak ke laut".

Tok Abah Affan pulak dukung bawak tengok care2 orang tuang tanah liat dalam acuan.

Abah aku dok belajar care buat labu. Yang bongkah batu berlubang2 tuh lah acuan die. Tanah liat yang cair dituangkan dalam tuh, bile dah membentuk lapisan keras, tanah liat yg cair akan dituang balik dalam jug tuh. Boleh gune lagi utk tuang kat acuan lain pulak.

Mak aku, adek aku, dan ibu sibuk berbincang nak pilih pasu. Dan teruja tengok pasu macam2 design murah2..

Antare labu yang dah siap dibentuk. Kecik2 jek.

Pasu2 besar yang murah2. Mak aku beli 3 dengan RM50, pastuh die bagi lagi free 1 pasu besar tuh la.

Affan dah kene gigit nyamuk kat bangsal pasu tuh, so, duduk je la dalam kete. Main2 ngan mama & papa.

Ok, abes sudah cite rombongan merisik dan bertunang. Fuhh.. penatnye mengarang..
Blog Widget by LinkWithin