10 April 2008

Tulisan Hati Lagi

-TENTANG KEHIDUPAN-

Kepada langit aku mendongak
disapa lambaian dedaun tirus
gemalai dihela bayu manghembus
rumput hijau manjadi hamparan

melayang fikiranku menyusur
langkah kepulan awan
kekadang menyembunyikan mentari
memayungi alam dengan bebayang

bayu yang memberi nafas
awan yang memayungi
rumput yang menjadi alas
kepada manusia yang sentiasa memijaknya

Sungguh selesa kehidupan
sekiranya tidak disanggah cabaran
tiada tanggungjawab yang dibeban
namun realiti harus ditelan
walau pahit, alam tetap ada untuk mendamaikan
bukan menyusahkan
tapi untuk kita fikirkan

-AFZAN HEART-

1 comment:

disputed lamb said...

cak pung cak pung

Blog Widget by LinkWithin