28 September 2007

Resipi Kek Coklat



Ok, nih die resipi kek coklat yg sedap tuh :

Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 camca teh baking powder
1 1/2 camca teh baking soda
1 camca teh garam
1 3/4 cawan gula castor
2 biji telur
2 camca teh esen vanila
1/2 cawan minyak sayuran atau boleh jugak guna ½ Buttercup
1 cawan susu segar, dipanaskan

Cara2:
1. Gaulkan tepung gandum, gula, koko, baking powder, baking soda dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan minyak sayuran dan pukul selama 5 minit. (adunan agak keras sedikit)
3. Akhir skali barulah masukkan susu segar yang telah dipanaskan dan pukul selama 5 minit lagi (adunan akan jadi sgt cair).
4. Masukkan semua adunan ke dalam 1 loyang SAHAJA (agak2 22cm diameter). Kek akan naik, tapi akan turun balik bile masak. Kalau adunan dibahagi dlm 2 loyang, dia tak jadi lembap sangat.
5. Bakar dalam oven (yang dah dipanaskan dahulu), 180 degrees Celcius selama lebih kurang 40 minit atau bila cocok dengan lidi, tak ade adunan yg melekat (maknanye kek dah betul2 masak).

Untuk Topping die, aku xde resipi yg specifik.. Biasenye aku main agak2 je. Yg penting, bahan2 nye adelah:
1. Coklat Masakan
2. 1 sudu besar Butter
3. 1 sudu besar Liquid Glucose
4. 2 sudu besar Susu Segar (agak2 la, jgn cair sgt. Kalo pekat sgt, tambah lg sket susu)

So, selamat mencube yek.. Kalo sedap, hulur2 la kat aku jugak.. ehehe.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin