16 May 2013

Mother's Day Gift

I don't celebrate mother's day coz of last year's issue yang katenye tak boleh sambut la, ape la. So this year i tak wish sesiapa pon dan tak berapa kisahkan sgt Mother's day ni.

But lil cute Affan just melt my heart bile amik die balik sekolah

Affan: Mama, mama close ur eyes.
Mama: Macam mane mama nak drive kalau tutup mate.
Affan: Alaaa tutup la mate, bukak tudung tu. Affan ade necklace untuk mama.
Mama: haha, Affan pakai kan je la atas tudung mama ni. 
It's soo cute. Thanks Affan!

So, now i declared that i'm celebrating Mother's day everyday in my life!



Ni Gambar Affan tengah buat neclace ni, Teacher die Whatsapp kat saye. hehe. Teacher die cakap, he's so passionate making it. olololoh.. Smart boy Affan! Mama love u soooo much!

Semalam pon sebelum tido, die cakap lagi pasal neclace tu..
Affan : Mama, u know the neclace i give to you, i made it myself
Mama : Yes i know. Oh, u make it by yourself right? Its soo beautiful.
Mama : Do u love mama?
Affan : Yes, i looove u..

Mama: Affan nanti Affan dah besar, Affan sayang mama tak?
Affan: Sayang!
Mama, Nanti Affan dah work, Affan sayang mama tak?
Affan : Dah work macam mama ke?
Mama: Ye..
Affan: Sayang jugak.

Smile. smile. smile :)


Resepi Kek Batik

KEK BATIK
(Versi Kurang Manis)
*Resepi asal adalah dari Ibu Mertuaku hehe. cuma didoublekan bahan-bahannye bagi banyak sikit sekali masak.

Kek Batik yang dah siap dipotong


Adunan ni untuk lebih kurang sekilo setengah kek batik. Cukup la nak makan satu famili and bawak ke opis sikit, bagi kawan2 atau jiran rase, hehe.

 Bahan-Bahan
1 Bar Buttercup
1 Cawan Gula Halus
 8 Biji Telur
1 Tin Cucu Cair
1 cawan air
1 1/2 cawan serbuk koko
1 paket besar Biskut Merrie. Dipatahkan 4


Cara-caranya
1. Kisar Gula, Buttercup dan Telur hingga kembang
2. Masukkan Serbuk Koko dan Susu Cair
3. Kacau semua bahan tu atas api yang perlahan sampai pekat likat
4. Pastikan bila adunan sebati dan pekat barulah dimasukkan Biskut Merrie.
5. Kacau hingga Rata. Biskut Merrie memang perlu dimasukkan banyak sampai susah nak kacau. Kalau rasa masih senang nak kacau, tambah lagi biskut merrie. BArulah die berbatik cantik nanti.
6. Setelah digaul rata dengan biskut merrie, masukkan dalam loyang / bekas
7. Tekan-tekan bagi padat supaya coraknye cantik dan tak pecah nanti.
8. Sejukkan dalam peti ais dan potong untuk dimakan.

Kek Batik yang siap ditekan dan akan dimasukkan dalam peti ais.

(Adunan tadi cukup untuk bekas Pyrex 2 litre ni.)

Tips :
1. Boleh lapikkan bekas atau loyang dengan plastik supaya tak lekat
2. Mase nak tekan tu, memang panas lagi kek tu, sila tekan dengan cawan sepenuh tenaga anda.
3. Kalau nak manis lagi, boleh tambah setengah cawan lagi gula


Ok, sila buat ye.
SHARING is Caring
 Sila kongsikan resepi di blog di kepada semua kawan-kawan anda di Facebook.
Just Copy & Paste link ni: http://www.nurulafzanaini.com/2013/05/resepi-kek-batik.html

Senang sangat nak buat nye, saye suke sebab sedap and tak perlu bakar. hehe coz saye takde Oven.




08 May 2013

Little Caliph (Tadika Khalifah Utama) Dungun

 Affan's donut day!! (Semalam) terkejut mama, ingatkan donut betul. Seb baik Affan cakap tak boleh makan. Hehe








 Ni mase amik die dari sekolah, terus ambik gambar. Mama pon excited tengok. hehe


Siap ade topi Chef Affan lagi..


 Yang beras merah tu suppose to be the Box decoration kate Cikgunye. hehe, Affan buat jadi nasik pulak, die kate untuk dimakan dengan Donut.






01 May 2013

How to make Beef Steak

 Saye gune care yang paling senang. Marinate je dulu..




This is how i marinate beef. Heinz BBQ Sauce, Black Pepper & Garam Buluh Cooking Salt. Haa nak tau kenape gune gram buluh? Coz die garam yang organik, kaya dgn magnesium dan bersifat alkali. So bile makan daging2 yg bersifat asid ni, die boleh neutralkan balik la asid2 tu. Eat Healthy ok! 

Lepas tu Letak atas pemanggang yang non stick tu. Siap! Hehe. 

More info about Garam Buluh Cooking Salt HERE

30 April 2013

Tips untuk mudah Mengandung, mendapatkan zuriat

Just sharing an article from Facebook.
Harapnya ia membantu anda.


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
-Memasak
-Bersenam
-Mendengar muzik
-Membaca dan mendengar audiobooks
-Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
-Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
-Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.



Saya juga ingin cadangkan pemakanan Herba Maharani bagi membantu yang bermasalah Period tak teratur, (Terlalu kerap atau terlalu jarang period), keputihan yang teruk, Rahim mengembang. Insyaallah jika masalah ini dirawat, kemungkinan untuk hamil itu lebih tinggi..

Baru saja minggu lepas, seorang customer saya yang beli Premium Beautiful dan Herba Maharani bagitau yang dia dah tak boleh pakai Premium Beautiful tu. (Dia baru je beli dalam 2 bulan). Bila ditanya kenapa, dia cakap, dia dah mengadung (anak kedua) sebelum ni memang die merancang nak dapatkan anak kedua, tapi tak lekat.. Alhamdulillah, lepas pakai Premium Beautiful dan makan Herba Maharani, lebih senang lekat. Saya pun tumpang gembira.. :)

Bagi yang nak cuba mengandung tu, saya advice makan 25 biji sehari. 
Yang baru lepas bersalin, Yang period tak datang berbulan2 atau period pain terlalu teruk juga saya sarankan makan 25 biji sehari.
Manakala untuk maintenance harian 10-15 biji sehari pon dah ok.

RM65 je sekotak. Boleh contact saye untuk order ye. 012-2083854 Afzan

24 April 2013

Hadiah untuk Pelanggan Majalah Pa&Ma

Fuhh lenguh pinggang semalam dok sediakan hadiah untuk pelanggan Majalah Pa&Ma sempena Kuala Lumpur International Book Festival kat PWTC 26/4 - 5/5 ni nanti.

Branded Baby Clothes, one of my online business adalah selaku penaja kepada hadiah ni.. Basically, siapa yang melanggan majalan Pa&Ma selama 6 bulan dan 12 bulan, akan dapat hadiah dari Branded Baby Clothes tau. Best2 hadiah die.

Lamaze Cloth Book
Ada Lamaze toys, Lamaze Cloth Book, Diaper Beg Carters, macam2 lagila. best kan kan kan..


Business Card
 Ni Business Card yang baru siap. Akan di attachkan sekali dalam Gift tu. hehe, nanti senang org tau kat mane nak beli and contact saye kan.


Brand Tag
Ni Brand Tag yang akan digantung kat hadiah tu. Comel kan.. :)


Elmo Cloth Book
Bile dah gantung, macam tula jadinye, so semalam saye dok menggantung tag tula. Kol 2 pagi tido, sbb banyak gak hadiah, dekat 100 bijik jugak la.


Lamaze Cloth Book
Lamaze toys ni, tak berplastik actually, so, kenela bungkus satu2 dengan plastik jugak, kalau tak nanti takut kotor lak kan.

So, sekali lagi nak remind, datang tau Festival buku kat PWTC nanti. dan pergilah kat bahagian Majalah Pa&Ma tu. Cepat2 sikit datang takut nanti dah abis.. huhu

 

Tonsil - Kuala Terengganu Specialist

Huhu, kisah tonsil ku tak habis setakat minggu lepas sahaje. Ahad haritu, tak larat nak bangun pagi gi kerja, Tekak sakit nak menelan. 

Terus bangun cepat2 nak gi Klinik Raihan. Yela, kene daftar awal2 sikit. kang lambat macam haritu.

Setelah tunggu dekat 1 jam setengah dapatla jumpe Doctor, Tapi kalini Doctor lain. Saye bagitau die, tonsil sakit lagi. Die cek rekod, tengok saye dah diberi antibiotik.. Die macam tak tau nak buat ape kot, hehe, so die advice jumpe Specialist. Die terus tulis surat refer and suruh saye gi Kuala terengganu Specialist hari tu jugak.

Huhu, Kuala Terengganu adalah 75Km dari Dungun and kalau saye drive dalam Sejam Suku gitu la baru sampai.. maka, digagahkan jua lah diri ini untuk drive.

Sampai sane dah puluk 1 lebih, budak kat kaunter bgtau Doctor baru je keluar lunch.. Saye pon gi la lunch dulu, then Kol 2 setengah doctor dah masuk. 

Bagus doctor nye, die cek bebetul, siap masukkan Camera yang panjang kecik, hujung die ade lampu tu. Dapatla tengok tekak sendiri. eeuuww scary, tak pernah tengok keadaan dalam tekak. 

So memang ade infection and bawah dagu pon dah bengkak sket. Die cakap kalau tonsil, actually tak boleh makan atau minum aiskrim atau yang sejuk-sejuk tu.. Huhu, doctor kat klinik haritu kate suruh makan sejuk2 kan.

Rupenye, TAK BOLEH tau! Coz nanti infection makin teruk. macam yang terjadi kat saye sekarang ni la. huhu. Cuma boleh makan sejuk2 dan aiskrim kalau baru lepas operate tonsil tu, utk bagi luka jahitan cepat baik.

Akhirnye Doctor tu kate, saye kene gakla amik antibiotik lagi and die bagi ubat spray jugak. Nanti bulan 5 baru datang balik, kalau teruk ke ape, baru die nak consider samada perlu operate ke tak.


Sekarang ni, semakin ok lah. Ubat spray tu ada dua jenis, satu untuk dalam mulut, satu untuk tekak. Huhu rasenye sangat meloyakan.. dahla kene spray dengan kerap setiap hari..

Ok, doakan saye cepat sembuh and kalau boleh taknak la operate2 kan. seriau...

23 April 2013

Resipi Kek Kukus Coklat Cheese





Resipi ni amik dari Facebook. (Copy Paste je) Gambar nye memang menggiurkan. saje tepek kat sini, senang nak refer nanti. Kot kot la terasa nak buat. hehehe, jangan tanyae saye detailas nye ye, coz memang belum try lagi ni. ahahah



BAHAN-BAHAN
Bahan A
1cawan gula*
1cawan susu cair *
1cawan koko*
1/2cawam susu pekat*
1cawan minyak*
bahan diatas campur semuanya n masak atas api n kacau sampai sebati siap tutup api n ketepikan biar sejuk
 
Bahan B
3biji telur (A)
 
Bahan C
1cawan tepung naik sendiri
 
CARA-CARANYA

Pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan dlm bahan A kacau sebati n masukkan bahan C kacau sampai sebati n leh lah dikukus separuh dulu (AIR MESTILAH DIJMASAK DULU YA) 
Loyang hendaklah disapu majerin n dialas kertas nak kukus dlm bekas kecil2 pon leh gak
Sementara tunggu masak sediakan cream cheese

Bahan-bahan Cream Cheese
250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur

Cara-carannya
Pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang n gebu n masukkan telur n pukul lagi, siap. 
Bila bahan coklat dah masak masukkan cheese sampai habis n kukus lagi sampai masak, siap. 
Masukkan baki coklat tadi n kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikuarkan dari loyang.
p/s: *Credit to Ucu Tipah who made this recipe.. *


19 April 2013

Showcase SOHONISTA di PWTC

 This is Yesterday's event. PM melancarkan Showcase SOHONISTA di PWTC.
And TLC (Top Leader Circle) team pon join same showcase tu. Tengok semangat betul Kak Salha (Ikon SOHOnista) kite ni memberi penerangan kepada yang masih blur blur pasal SOHO ni.. Apo ko bondo SOHO ni jang??


My Leaders from TLC.. Sangat komited mereka ni. Insyaallah dengan tunjuk ajar dari diorang, saye pon nak jadi SOHOnista yang berjaya dan dapat bantu raaaaamaiiii lagi wanita-wanita lain di luar sane intuk cari pendapatan tambahan.




Amboi, happy nye dapat bergambar dengan PM ye.. Tak sangke kan, dengan bisnes dari rumah je pon boleh bawak kite ke tahap dikenali Serata Malaysia atas usaha mulia ni dan dapat perhatian PM dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat
PM sendiri pon support SOHO Biz.. yeah, makanya tak apelah pekerja Government menerajui bidang perniagaan dari rumah kan? Boleh kerja lepas office hour and weekend. Yeah, i love multiple source of income. 
 So that kite tak terlalu bergantung kepada satu income saje dan marah2 kalau harga barang naik. And if do it the right way, memang boleh dapat income lebih dari gaji bulanan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada kerja hakiki ye kawan-kawan.

Bile dah ade money freedom, tak perlu berhutang lagi nak beli kereta, rumah atau guna kredit kad. Anak-anak pon boleh dapat the best education tanpa perlu kita berhutang :)
 *******
Nak ada SOHO anda sendiri tapi tak tahu macam mana nak mula, nak jual apa, macam mane nak promote, macam mane nak jual? Jangan risau ye, saye ade solution untuk itu.
Just contact saye, Afzan 012-2083854 for more info 

Branded Baby Clothes will be featured in Pa & Ma Magazine

Hmm Editor karangkraf mintak cerita sket pasal macam mane saye start buat online business dari rumah (Untuk dimuatkan dalam majalan Pa & Ma nanti).. hehe, kene mengarang la pulak, mula la terimbau balik susah payah mase bermula dengan modal cuma RM200 4 tahun lepas. www.brandedbabyclothes.com

hmm where should i start.. takde idea nak mengarang ni. hihi, anyway, happy tengok page Branded Baby Clothes dah ade 11,000 likes :)

 
Blog Widget by LinkWithin